Saturday, February 12, 2011

Minggu dan hari-hari yang menduga hati dan mental. Payah nak seimbangkan kedua-dua supaya tak ada kena maki hamun tak tentu pasal. Tak ada siapa yang kena melayan kerenah keanak-anakan aku ni. Bukan masa sekarang Mariana.

Serius tak sabar nak menunggu bulan empat. Sebabnya dah selesai semua, tak perlu lagi nak menghadap muka-muka yang memualkan serta berdepan dengan masalah yang sama (macam aku ni bagus sangat je)

Maaflah entri makin lama kurang gambar disebabkan masa tak ada. Disebabkan gambar baru pun tak ada. Profile picture di Facebook pun tak tukar-tukar. Masih lagi menghadap gambar lama dengan rambut panjang mengurai. Ishk Ishk Ishk.

Walaupun emosi tak stabil, I tetap dengan tanggungjawab I. I kena buat itu buat ini sampaikan tak cukup masa nak isi minyak, tak cukup masa nak berborak dengan mummy, tak cukup masa nak berjimba. Kalau jimba pun, penuh dengan badan lesu, minda tak cerdas, idea tak jalan.

MANA HARI-HARI UNTUK REHAT NI?

Kalau boleh, tak sabar nak habis Diploma sebabnya buka buku baru. Tak perlu nak DISAKITI atau MENYAKITI lagi.

Cukup banyak sem akhir ni dengan masalah. Permulaan tahun yang sangat 'hebat', dengan hari-hari serta minggu-minggu dan hampir dua bulan aku asyik makan hati. Tak reti nak memaafkan diri sendiri. Tak reti nak menilai perangai bodoh sendiri. Tak reti nak menilai siapa yang salah dan betul. Aku tak suka nak menunding jari pada sesiapa. Tetapi cukup aku sedar kesalahan aku sendiri.

Sampaikan aku menangis sesal atas diri sendiri, bukan sebab menangis sakit hati diperlakukan macam patung.

AKU MASIH PUNYA PERASAAN, walaupun dah ditibas berkali-kali.

The more I concern, the more you make me suffer.

No comments: