http://www.emailcashpro.com

Sunday, January 30, 2011

Hai nama saya Kimie. Sekarang ni badan lenguh-lenguh, mata kuyu nak mampus, tapi gigih nak online, upload gambar baru, update post baru. Kesian Neverland ni haaaa. Dah berhabuk dah rupanya. Tak apa ya sayang, broadband tak ada kat kampus. Jadi kena balik rumah baru dapat online.

Walaupun dapat cuti seminggu, tapi rasanya cuti seminggu tu dibuang dengan bebanan kerja yang berlambak. Sumpah memang final year memang susah dan sesak. Nak kena fikir, nak kena buat, nak kena kerja baru semua ok.

Boleh tak beri satu hari untuk aku berehat tanpa memikirkan benda-benda yang membuatkan aku mual?

Malam ni rasa tebus sikit bebanan dalam kepala, bila Hana bawa aku jalan-jalan-menari-nari-nari sampai kedai tutup. Kemudian blah dengan muka yang sebek minta penampak, sampaikan pondan tepi jalan tadi yang aku senyum, dia ingatkan aku senyum sinis. Hello, tak nampak ke muka aku penat woih?

Dengan bangganya nak mengumumkan bahawa AKU PERGI KONSERT JUSTIN BIEBER bulan empat ini. SAYA DAH BELI TIKET. Saja nak bagi sesiapa muntah.

No comments: