http://www.emailcashpro.com

Sunday, December 12, 2010

Kalau rasa nak lempang untuk gambar yang terakhir pun tak apa, sebab aku pun rasa macam tu juga o.O

Papa bawa makan dekat SOULed OUT Hartamas malam tadi sempena result aku, yang aku rasa tak ada apa pun. Walaupun tinggi dan tak sangka boleh dapat setinggi tu (aku ingat aku akan repeat ETR, which is not), tak adalah rasa nak melompat atau apa. Cukup sekadar dengan senyuman sebab result hantar dekat e-mail sekarang.

Lepas ni nak minta loverboy bawa makan dekat SOULed OUT Hartamas sebab tempat tu tak lah romantik manapun tapi rasa chill gila. Lepak-lepak-lepak-minum-gelak sakan-lepak lagi. Memang tempat yang sesuai juga lah untuk kaum yang sama perangai macam aku ni yang memang suka lepak sana sini.

Untuk pengetahuan semua, kolej untuk sem depan tak dapat, dan untuk pengetahuan semua lagi sekali sekarang masih lagi tak mencari rumah untuk disewa memandang kaum-kaum yang akan tinggal hanya beberapa kerat. Duit nak korek lubang mana woi -.-"

Kebelakangan ni, mood aku cepat berubah menjadi PERGI-MAMPUS-LAH. Muka nak-minta-penampar aku ni terus terpamer.

Ya ya ya.

No comments: