Wednesday, December 15, 2010

Aku ingat lagi masa MPG setahun lebih lepas. Memandangkan sekarang ni cuti sekolah, dan bebudak sekolah dah mula jalan-jalan-pusing-cari-cari kat shopping complex sebab nak cari dress punya pasal, aku nak buka topik PROM NIGHT.

Masa sekolah menengah aku tak ada peluang nak pergi prom night sebab masa tu papa beriya ajak pergi Langkawi, dan alasan yang seterusnya sebab kawan-kawan dengan sekolah menengah yang tak best. Disebabkan aku selalu kena buli masa sekolah, jadi aku "buat apa nak pergi, jumpa dengan muka-muka lahanat tu"

Serious.

Bila loverboy ajak pergi MPG masa semester 2, aku punya excited tak ingat dunia. Cari dress merata tempat, kecuali butik-butik mahal. Bajet tak banyak. Cukup dengan RM120. Mana nak cari dress yang lawa dengan harga macam tu? Ada. Ada. Ada.

Kena pandai cari. Jangan terlalu memilih. Bila terlalu memilih, satu dress pun tak dapat. Buka mata.

Tengah rushing buat assignment Psychology, tapi sempat pergi Summit. Memang berbaloi. Dress prom night pertama kali dan aku paling sayang (walaupun tak ada yang kedua) malangnya dress itu telah dirosakkan oleh makhluk yang macam ni "kimie...rantai tu memang dah tercabut" padahal masa aku bagi pinjam tu rantai tu elok dekat penyangkut baju sekali dengan dress.

Nak maki tak sampai hati, sebab satu rumah. Haaaa (aku tahu ada setengah tengah meliar mata ingat siapa housemate Kimie yang pakai dress MPG tu eh? macam pernah nampak, siapa post kat FB lagi. pandai-pandai lah kome cari)

So...

Tahun ni Nana final year. Sibuk cari dress. Kalau aku, next sem dah MPG. Nak pergi tempah saja, ikut apa yang aku nak. Tapi tema tak pilih lagi, dan paling mengecewakan bila "Kimie bahagian sponsore ya? You sorang je"

What the puck ni?

Terkial-kial aku nak merangkak cari company. Bukan senang woi nak cari sponsore DUIT. Kalau produk boleh lah dapat. DUIT woi DUIT. Kalau sesiapa ada sugar daddy tu, tolong lah 'kerja' sugar daddy anda untuk minta duit. Nak buat dekat Sunway? Tak ada masalah (senyum sinis) DUIT woi DUIT lagi.

Kalau fakulti murah hati nak bagi tak ada masalah. Fakulti pun kedekut. Tak macam Masscom. Dah ada peruntukan, nak buat besar mana pun buat lah. Art&Design pun gempak. Kita? FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF & ARTISTIK. Nama je nak gah. Duit ada gah? Glamor lebih. (Dengus dengan laju sambil menaip, memang betul bengang)

Aku salah seorang pelajar yang jadi mangsa, nak kena cucuk mana-mana company. Oh mai mai mai mai mai mai (geleng-geleng kepala)

Padahal ada lagi bebudak batch aku yang banyak duit, lagi banyak pengaruh. Tapi kenapa aku seorang. SEORANG? SEORANG? (kamera makin zoom out)

CUT

Aku tak nak tema prom night yang klise. Hollywood glamor? Vegas? Red carpet? Semua dah biasa. Cuba bagi tema Arabian ke. Bollywood ke. Costume ke. Wedding ke (ini bebudak kelas aku yang menggatal nak kahwin nak tema ni, ha-ha-ha). Fairytale ke. Watak-watak Disney ke kan? Metalic ke. Zombi ke. Oh mai mai mai mai. BUKA LAH MINDA ANDA UNTUK LEBIH KREATIF. Tak lah nampak biasa. JANGAN LAH ADA TEMA RED, BLACK dan sekutu-kutunya. Ikut warna. SO LAME -.-

Ada setengah yang semangat, memang ikut tema. Ada yang "ahhhh...dress ni cantik lah. buat apa nak ikut tema. mesti lain dah ramai pakai ikut tema" NO COMMENT. Pandai sendiri judge.

Aku sebenarnya lagi teruja bila ada prom night, kemudian ada after party. OK ITU MEMANG HARU. Siapa buat, memang aku peluk puas-puas.

No comments: