http://www.emailcashpro.com

Sunday, December 26, 2010

Hari terakhir praktikal, Abang Dan dan Abang Dat senyap tak macam biasa. Abang Eroul bergenang air mata, tersenyum melihat kami semua packing barang di office. Abang Taq belanja makan chicken chop sebab sebelum tu "Kimie lapar, nak sangat makan chicken chop dengan fries banyak" end up makan chicken chop di NZ. Boleh tahan sedap jugalah.

Barang dah diangkut dari Danau. Rumah baru di Seksyen 5 memang tak terkata syoknya sampaikan aku boleh 3g dengan Sue, sebab teruja punya pasal. Bilik besar tak boleh nak handle. Boleh buat studio tarian. Ruang tamu panjang dan besar tak boleh handle. Dapur pun best tak boleh handle. Berapa banyak perkataan tak boleh handle daaaaa -.-"

Rumah baru di Puncak, alhamdulillah. Master bedroom memang boleh muat 6 orang. Sekarang ni berangan nak bawa sofa, almari, peti ais, washing machine, karpet, meja. Macam nak duduk lama o.O

Cuma sekarang aku fikir...

RABU : PINDAH RUMAH KE SEKSYEN 5
KHAMIS : PINDAH RUMAH KE SHAH ALAM

Konklusi? Boleh pengsan malam New Year agaknya.

No comments: