http://www.emailcashpro.com

Thursday, July 29, 2010

Isu memaafkan dan melupakan

Hari ini aku bangun awal. Kerap kali terjaga sebelum beberapa minit alarm akan berbunyi. Kemudian aku mandi. Kejap, tak lama. Aku cuba untuk tidur. Golek sana golek sini.

Batuk dah mula menjadi rapat dengan tekak aku.

Aku pandang siling. Eh air mata meleleh lah pula. Tapi hanya setitik.

Pergi kelas dalam keadaan muka yang mengantuk, badan yang melesukan, hanya memakai eye liner. Berat sangat tangan nak make up. Duduk dalam kelas Puan Umi, mendengar tapi dada ni bergoncang. Hoi, memang sakit.

Rupanya blog pilihjalan ini ada orang yang membaca, kenyit mata untuk orang yang menyebut tentang blog aku dalam kelas tadi.

Balik dari kelas, cuba mengalih perhatian dengan mencari tempat praktikal. Bagus. Halo halo sana. Halo halo sini. Berborak bukannya bertanya.

Pernah tak dalam satu ketika dalam satu hari, entah kenapa anda akan dalam keadaan yang begini rupa. Rasa tak tentu arah. Hai, saya ni pelakon hebat manalah nak tunjuk. Orang yang betul-betul kenal dengan siapa Mariana Shahira akan tahu apa yang aku alami dalam setiap perkataan yang aku ungkapkan dan gelak tawa yang berdekah-dekah. Semuanya ada maksud.

Aku rasa tak lama lagi aku akan jadi gila. Boleh termenung sentiasa tanpa buat apa-apa.

Sudah lama aku bersabar, tapi sampai bila aku mahu berlembut tidak mahu kepala dipijak lagi. Aku cuba menjadi matang dengan memikirkan tentang hal sendiri, tapi bukankah itu tidak akan memuaskan hati jika tidak cakap?

Susah menjadi anak sulung perempuan yang terpaksa menanggung semua derita keluarga. Beban yang amat berat sehinggakan kebanyakan kali, aku hanya berpura-pura.

Teringat kembali masa semester 3 di mana semua orang menunjukkan sikap masing-masing. Semua tak matang. Menyalahkan orang lain. Masa semester 3 juga, aku diherdik, disalahkan, dimukakan. Tapi aku diam, kerana siapa lagi tempat untuk aku bersama kalau bukan kawan-kawan?

Sekali lagi isu memaafkan dan melupakan. Bila teringat balik, tentu akan timbul perasaan marah dan tidak senang. Hanya teringat bukan menyimpan.

Naik semester 4, semua orang memaafkan dan dimaafkan. Perlu menerima setiap tingkah laku orang lain, kerana tingkah laku kita sendiri pun kita tidak dapat menerima. Orang lain tentu juga ada yang tidak senang.

Dulu masa mula masuk Puncak, aku berpesta tak ingat dunia. Lupa pada keluarga dan Tuhan. Kemudian Tuhan duga dengan dugaan yang paling berat. Paling menekan jiwa aku. Aku ingat kembali padaNya. Kadang-kadang biarlah aku sentiasa diduga supaya aku tidak lupa pada Tuhan. Aku akan sentiasa memohon, aku akan sentiasa menangis dan mengadu. Dengan siapa lagi kita ingin meminta petunjuk dan kebenaran kalau bukan dari Allah?

Alhamdulillah. Aku masih lagi punya adik lelaki yang mengada-ngada tetapi amaat memahami. Walaupun sentiasa menyakitkan hati tidak pergi ke sekolah dan berbagai lagi. Dia merupakan 'payung' keluarga untuk keluarga kami masuk ke Syurga.

Aiman, kau kena jadi f1 driver macam aku juga. Kan kita nak jadi macam adik beradik Shumacker (aku tak ingat ejaan yang betul macam mana)

--

Drama panggung.

(ketip bibir macam pelakon heroin buat masa takut)

(kerut dahi)

Barai.

Itu sahaja yang aku mampu cakap dari segi teknikal.

Art aku boleh tabik spring bergetar-getar, tetapi dari teknikal...

Barai.

Terima kasih.

No comments: