Friday, July 2, 2010

Dah lama tak rasa macam ni

Setelah berbulan merancang untuk berjumpa, akhirnya berjumpa di Pavillion. Oh saya rindu dengan teman-teman wanita saya. Disebabkan sudah makan macaroni goreng di rumah, hanya menemani Hana dan teman lelaki barunya Zaid di Madam Kwan. Zaid telah diapprove oleh semua orang, kerana dia lelaki bijak dan baik, serta akan menjadi pilot satu hari nanti. Weh Hana, kalau kitaorang nak pergi luar negara, nak dapat diskaun juga (ini tegas)
Loverboy sanggup membatalkan temu janji bersama rakannya di Shah Alam, dan menemani saya berjumpa dengan teman-teman wanita kesayangan saya.
Ini ialah Afiqah bersama Naz.
Ini pula Hana bersama Zaid. Muka diaorang sama kan kan kan?
Awwwww, saya suka sangat dengan gambar ni.

Masa perjalanan ke One Utama, jalan sesak disebabkan bergerak ke sana waktu balik kerja dan hujan lebat. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke One Utama, saya yang memandu berasa marah sedikit dengan Loverboy sebab dia tidur -.-
Dia tebus kesalahan dengan gambar ini. Ai like.

Disebabkan sejuk yang amat melampau, kami terus makan di KFC. Dan kemudian membuat keputusan menonton Frozen.
Minah ni bajet gambar nak nampak sweet je. Dia yang memaksa Naz untuk buat macam ni.
Loverboy tak pandai nak posing yang sweet, jadi aku mengambil keputusan dengan membuat muka comel (jadi ke).
Ini dia jejaka malaya.
Mulut cabul bertemu dengan mulut lancang, jadi kawan baik.
Dah lah tengah sejuk, tengok lagi Frozen. Memang lagi sejuk. Frozen menyeramkan ok. Kena tonton. Walaupun simple, tapi mendebarkan.

Lepak minum di Rasta. Borak-borak-gelak-borak-borak-gelak-gelak, tak sedar dah nak Subuh.

Dah lama tak rasa macam ni. Keluar dengan teman-teman wanita, dan teman-teman lelaki. 10 markah penuh untuk kegembiraan.