http://www.emailcashpro.com

Sunday, May 30, 2010

--tatapan--

28 Mei 2010

Hari ni, semua ahli keluarga membuat keputusan untuk keluar dari rumah. Dan paling haru bila semua pakai baju warna putih. Tak-berapa-nak-rancang pun sebenarnya. Keluar dari rumah agak lewat tengahari, kemudian terus lunch di Chilis, KLCC.
Aku suka bila datang Chilis, dengan sukanya akan mengambil kesempatan dengan colouring bersama Aiman. Yeeehuuuu
Jap jap aku perasan. Untuk saat ini, aku ambil angle paling selamat untuk tidak menunjukkan betapa buncitnya aku, walaupun makanan tidak sampai lagi. Weh -_____-

Kalau datang Chilis tak pernah nak cuba makanan lain, selain Cajun Chicken Sandwich. Ini sajalah yang aku suka buat masa sekarang. Engkau tak dapat bayangkan betapa boroinya perut aku lepas makan.

Jalan-jalan-jalan. Kaki dah sakit sebab berani pakai heels lagi. Mummy shopping macam 1 tahun tak shopping. Ke hulur ke hilir. Pinggang makin kecil, tetapi kenapa peha aku makin besar, dan kenapa begitu sukar untuk aku mencari jeans.

Selepas minum petang di A&W, papa terus bawa kami ke The Curve semata-mata konon nak makan Nandos pula. Tapi lupa mana ada Nandos di The Curve. Alih-alih aku berjaya mendapatkan heels di Nichii. Syok tak terkira, walaupun muka mummy macam menahan berak melihat heels aku.

Makan malam di The Garden. Food is ok, but the service is so bad. Walaupun tempatnya cantik, tapi banyak nyamuk weh. Kenapa? Kalau bawa budak monyet, entah dia nak datang ke tidak kan?

30 Mei 2010

Skip satu hari sebab konon-nya nak berehat. Kali ini macam biasa, keluar pada lewat tengahari. Papa bawa kami sekeluarga di Empire Gallery Shopping Centre, di Subang Jaya. Terus lunch di Serai Empire. Kalau nak tahu, Serai Empire ni dari Shah Alam. Kali ni tempat dia memang cantik. Dan tak boleh blah papa masih nak pilih seat smoking area. Kenapa weh -_______-"

Muka Aiman tengok orang sebelah. Entah apa yang dia fikir tu.
Sorang berlagak comel, sorang berlagak hot.Aku order ni. Aku pun lupa nama dia apa. Sedap memang sedap. Bayangkan Serai Empire ni harganya sama macam makan di Chilis. Lagi sekali wehhhhhhhh -________-"

Lepas makan, cari kedai kasut. Sebab sekarang ni aku gila dengan kasut. Tak banyak choice, hampa. Terus lepas baca komik di Popular. Dah lama tak buat macam ni, sejak di Kinokuniya, KLCC.
Part paling best, bila masuk Toy'rus. Aku menjerit macam budak kecil masuk sini. Besar-weh-besar. Macam-macam aku main, sampaikan aku terlampau seronok sehinggakan orang tua tu asyik sibuk pandang aku dengan pandangan "budak ni ok ke?"

Ni haaaa, nak tunjuk. Terer ke tak terer.

Paling terer, dalam gambar ni, tak nampak Nora Danish pula. Dia tak lah putih yang disangka. Kulit macam aku juga. Tak lah lawa yang disangka. Aku lagi suka dengan Lisa Surihani. Natural beauty.

4 comments:

RUSH said...

best gler nk mampos!!!!!!

Neverland said...

apa yang best nya rush?

Azhar Rakus ♥ said...

soalan cepu cemas.

berapa lamakah anda menahan nafas untuk snap pic yg di bawah skali itu?

Neverland said...

Ja'a jangan rakus sangat, mana ada tahan nafas. Original tu