http://www.emailcashpro.com

Wednesday, May 19, 2010

Perihal dia

Bila mula-mula bercinta, semuanya nampak baik, semuanya rasa gula-gula, semuanya terasa atas awan, apa pun disanjung. Lama-kelamaan mulalah sikap sendiri keluar sedikit demi sedikit dan membuatkan bergaduh. Perkara yang kecil dijadikan hal yang besar. Bila sudah bersama, banyak perkara yang akan menjadi sensitif walaupun bergurau macam awak gurau dengan member. Tak boleh buat silap sikit. Nanti mulalah sorang tarik muka, sorang lagi terpaksa mengeluarkan mutiara putih untuk memujuk.

Dia ego. Tahu salah, kemudian diam melarikan diri mungkin kerana malu. Kemudian aku akan menangis, mana dia menghilang. Dia agak susah nak mendengar. Dia juga kadang-kala hanya memikirkan dirinya sendiri. Dia juga kadang-kala tidak menerima aku seadanya yang berkelakuan seperti budak-budak yang suka melompat sana-sini, suka main gelongsor dan buaian, suka gelak sekuat hati, menari-nari tak tentu arah, KUAT MENANGIS. Dia tidak suka kalau ada lelaki yang mendampingi aku.

Itu semua kekurangan dia.

Di sebalik kekurangan dia, hanya dia yang menerima keluarga aku seadanya. Hanya dia yang melayan mummy dengan begitu baik, sehinggakan mummy begitu menyayangi dia. Hanya dia yang mampu membuatkan Aiman ketawa apabila bermain dengannya. Hanya dia yang mempu mendengar masalah tentang keluarga. Hanya dia yang mempu menceriakan rumah aku.

Hanya dia yang mempu buat aku gelak menggedik bila mengalirkan mutiara putih. Hanya dia yang mampu mencairkan hati aku yang panas. Hanya dia yang mampu membuat aku menjadi matang. Hanya dia yang mampu merubah aku menjadi orang dalam kawalan. Hanya dia yang mampu membuatkan aku sedar banyak tentang kehidupan. Hanya dia yang mampu menahan aku dari kesakitan. Hanya dia yang mampu mendukung aku.

Hanya dia.

Sikap keburukan itu hanya sikap. Sifat yang baik itu susah ingin cari.

Kalau mahu cari lelaki, cari lelaki yang boleh menerima keluarga dahulu kemudian diri sendiri.

Bukan senang ingin mencari lelaki seperti dia.

Lelaki yang berwajah nakal, baunya yang masam, berlagak macho, tidak kedekut dengan ilmu, hanya berlagak dengan aku, hanya menggedik dengan aku, hanya berpoyo lebih dengan aku, itulah dia Wan Mohd Firdaus.

Awak memang nakal, sebab awak suka buat saya menangis. Saya menangis awak marah. Saya tahu awak cinta, saya tahu awak sayang. Awak menjaga saya. Awak bawa saya balik kampung, meluangkan masa dengan keluarga awak. Itu cukup dengan hadiah yang terbaik dalam hidup saya.

Cukup suka melihat awak berkelakuan di kampung, berbanding di sini. Sebab perangai awak yang sebenar apabila berada di rumah.

Saya tulis nota ini cepat, sebab saya tak mahu lupa.

Selamat hari tua untuk awak yang ke 22 pada hari Jumaat ini. Cukup sayang, cukup kasih dengan awak.

x I love you x

2 comments:

Azhar Rakus ♥ said...

kim salam happy bufday kt wanfi.

Neverland said...

wish lah sendiri :D