http://www.emailcashpro.com

Saturday, May 22, 2010

List barang

Sebelum pening membuat list, mari enjoy dengan komik yang ini dulu. Sekarang ni aku berminat mencari komik lucah yang lawak. Kalau tak suka, awak senyum je. Kalau suka, tunggu entri yang seterusnya. Ada banyak lagi.


Aku dah kerja, dan aku terima tawaran papa iaitu menjadi pembantu rumah sepenuh masa. Bagi aku tidak salah, dalam masa yang sama boleh menjaga mummy, kemudian menjadi pembuli terhebat di rumah. Paling suka sebut nama Aiman "Babyyyyyyyyyyyyyyyyyy!" Walaupun dia dah darjah satu. Dia tak kasi aku panggil dia baby depan kawan-kawan dia. Tapi aku suka panggil dia macam tu, dan cium pipi dia yang tak berapa tembam tu.

Aku masih anggap dia seorang bayi memandangkan dia hanya seorang anak lelaki yang bongsu dalam keluarga.

Aku minta dengan papa, allowances tu sama dengan gaji. Setelah bertelagah dengan professional, insyallah papa akan tunaikan (senyum lebar). Kalau bab kewangan aku memang suka, sebab kerja aku akan jadi cepat dan begitu efiksyen (tak tahu nak eja macam mana sebenarnya) sekali.

Sebelum itu, hari lahir budak monyet aku tidak dapat sambut bersama, memandangkan terpaksa berjimat walaupun hati meronta-ronta nak peluk dia kuat-kuat dan cium dahi dia. Layan dia macam budak kecil yang merengek mahukan kemanjaan. Auwww

Dapat saja duit di tangan, aku simpan dalam tabung Winny The Pooh yang berwarna hijau. Kemudian, aku kumpul banyak-banyak. Benda pertama yang aku nak lakukan, melakukan perubahan pada rambut. Aku memang suka dengan perubahan setiap sem. Rambut sangat penting bagi penampilan, itu apa yang aku rasakan.

Kedua, aku akan warnakan rambut aku. Sebelum ini aku tidak pernah warna, biarkan hitam suci. Lepas ni tak suci dah. Apa yang kekal, kening (senyum) Loverboy cakap kalau cantas kening sikit je, hilang seri muka. saya pun faham je lah.

Ketiga, nak pergi shopping. Aku dah setahun tak beli apa-apa. Rasa macam loser, walaupun tak mengeluarkan duit untuk beli baju bundle langsung. Sebab duit simpan untul makan-minum-makan-minum, mana tak gemuk kan?

Mood untuk shopping ke Forever 21, Zara, Dorothy Perkins, Miss Selfridge, MNG, GUESS, dan lain-lain tak macam dulu. Sebab sekarang aku lagi suka beli yang rambang yang cantik nampak kelasss. Hari tu masa bercuti dekat Taiping, ada satu kedai, dia punya heels memang killer. Lebih cantik dari NOSE ok. Masa tu loverboy pandang aku dengan mata sebelah je, sebab dia tak suka aku pakai tinggi-tinggi. Padahal dia akan tergugat tu.

Ijat cakap aku hilang lama. Dua sem dah. Maknanya aku menjadi seorang yang country gila babi. Malas nak jadi macam Porsh dah. Tapi atas semangat yang dulu datang kembali, heels aku akan punggahkan balik, dan akan dipakai ke kelas (gelak macam gampang) Loverboy tak suka aku nampak VOGUE, sebab dia akan rasa tergugat dan aku akan DINGORAT-DAN-DIA-TAHU-ITU-MEMANG-BETUL. Sebab itu aku pakai shirt yang besar-besar, make-up less gila.

Sorry ya sayang. I nak jadi macam Porsh balik (senyum gedik)

Bakinya, nak beli hadiah loverboy, honeymoon dengan loverboy, dan bercuti dengan classmate.

Yu, ai memang excited ni. Nak buat macam yu.

3 comments:

Azhar Rakus ♥ said...

efiksyenn...??
ni cite fiksyen ke ape..?
ahahahhahah..


efficient kot.
rasenye laaaa...



wanfi terancam..?
UUuuuuuu~~

Neverland said...

tak tahu lah macam mana nak eja dengan sebetulnya, hahaha

omgpetch said...

i bakal melihat datin beraksi lagi? yeay