http://www.emailcashpro.com

Thursday, April 8, 2010

Kosong

Aku jadi terlampau marah bila aku menjadi kosong. Akhirnya, pokok menjadi mangsa lepasan geram sehingga jari aku berdarah. Handphone, masih setia dengan aku. Masih sayang dengan aku. Walaupun jalan raya bertar menjadi sasaran balingan.

Aku jadi reda, bila orang faham aku. Datang peluk bila kemarahan meluap-luap. Bila fikiran hampir tidak waras. Makin lama dengusan nafas menjadi perlahan, bila pelukan itu sebagai satu simbolik, ada orang masih ambil perhatian terhadap aku.

Kemudian aku akan bertindak di mana, aku akan menyakiti hati aku sendiri. Susah nak kawal bila perasaan meracuni fikiran. Kemudian lahirnya perlakuan yang menjelikkan.

Aku rasa nak melompat setinggi yang boleh, sebab tak lama lagi habis semester 4. Semester depan aku tidak mahu sambung. Aku mahu berhenti. Hidup bukan untuk senang lenang, tapi untuk tujuan diri sendiri. Aku mahu berhenti dari semua drama ini.

Aku tak mahu menjadi orang yang tunduk pada orang lain. Aku tak suka berada dengan orang yang tidak mahu mendengar. Aku mahu hidup sendiri. Keputusan ni bukannya senang nak buat. Tapi engkau orang semua tak tahu besar mana dunia di bahu aku untuk memikul.

Boleh tak kita masih friend-friend selepas aku berhenti. Tentu aku menangis melihat engkau orang semua grad dengan cemerlang, berbanding dengan aku yang grad dengan kekecewaan. Lambat laun aku akan menyesal, tapi mungkin dan tak akan pernah faham bagaimana aku cuba berpura-pura selama ini, menjadi Kimie yang selamba dan gila. Itu semua hanyalah sementara.

Ingin meninggalkan kenangan yang tentu orang akan ingat.

Kalau hidup aku kosong, tentu engkau orang semua boleh satukan.

No comments: