http://www.emailcashpro.com

Tuesday, March 16, 2010

Pemergian yang agak tidak boleh terima

W : You, I ada kat resak ni. Member I meninggal pagi tadi. Abang dhaous.
K : Dhaous mana?
W : Degree part 5

Mungkin aku terdiam, angin-angin menemani aku sambil meniup-niup rambut aku yang panjang. Angin tahu perasaan aku waktu itu. Air mata tak mengalir, cuma jantung meletup satu tika.

Teringat kembali masa semester 1 dimana, arwah memang seorang yang sangat kelakar.

Kali terakhir berjumpa dan berkata,

Arwah : Kimie ni..
K : Abang Dhaous ni..

Hati menjerit mahu pergi melawat jenazah. Tetapi disebabkan bebanan kerja yang tertangguh, membuatkan niat terbantut. Mungkin dari jauh cuma aku boleh ucap selamat tinggal.

Agak tidak boleh terima pemergian insan yang kita kenal. Selalu lihat orang-orang yang tidak kita kenal, pergi.

Al-fatihah

No comments: