http://www.emailcashpro.com

Friday, March 12, 2010

Isu kahwin muda

Gambar memang tiada kaitan dengan entri. Cukup sekadar untuk mengimbau balik kenangan.

Salah seorang teman yang nakal, sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Syukur alhamdulillah, sebab mungkin, bagi pandangan aku, kahwin muda tidak salah. Di atas sebab untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini, ataupun melakukan dosa yang berulang kali (iaitu ringan-ringan atau seks)

Aku rasa tak sabar nak melihat teman aku yang seorang ni kahwin, sekurang-kurangnya dialah orang pertama yang akan berkahwin antara semua, dan dulu dia pernah kata...

? : I rasa I kahwin paling lambat antara korang, sebab am not ready to a commitment

Ok sekarang dialah yang menjadi paling awal.

(senyum sambil tepuk tangan)

Siapa rasa kahwin muda membawa masalah sila angkat tangan?

Habis kena masa nenek-nenek-mak-mak kita dulu kahwin awal rilek je. Mungkin sebab ini semua atas dasar kesetiaan dan kesungguhan bagi mengekalkan rumah tangga.

Engkau orang tak nak merasa ke dipanggil "Ini isteri aku" atau "Ini suami aku"

Weh!

Tolonglah. Aku rasa paling bahagia bila solat bersama, kemudian suami akan cium dahi kita, sambil itu kita cium tangan suami. Semua benda yang kita buat bersama adalah sah. Ataupun bila suami kita balik, isteri dah ada di rumah dan makanan tersedia di atas meja. Paling best sekali masuk bilik tidur. Tak payah nak was-was atau takut-takut kalau JAIS serbu masuk. Kau nak buat style macam-macam atau berapa lama kau nak pun tak kisah.

Kahwin muda juga, haruslah cukup duit untuk menanggung.

Teman nakal aku ini, pasangannya bekerja. Jadi tidak salah kalau dia berkahwin.

Dan paling best kalau kau dapat baby, masa berkahwin tak perlu nak buang-buang anak dalam jamban ke, dalam sungai ke, dalam kotak ke.

Kalau dah berkemampuan, baiklah kahwin. Benda yang baik, tak salah kalau dibuat. Dan tidak ada undang-undang mengatakan kahwin muda itu salah. Hanya undang-undang manusia sesama sendiri yang mengatakan kahwin muda ini membawa masalah.

Kalau kau kahwin lambat pun, tapi kalau rumah tangga kau teruk macam mana?

Semua masalah boleh diselesaikan dengan cara baik bagi mengukuhkan perhubungan engkau orang.

Ehem (dituju kepada loverboy)

Bila lagi?

6 comments:

omgpetch said...

hehe setuju! i dah ada anak buah dah 2 tahun dah pun, my bestfriend pny anak yg sgt sgt comel ;)

Mohamad Hj Yawmon said...

chai, jom kawin!!! =)

Mohamad Hj Yawmon said...
This comment has been removed by the author.
Maganda Si Intan said...

ahaha may nak kahwin dah? ahhaa. you so kenanga nnti try nego eh? hehe. loves!

Mohd Shazroul Farhan said...

tak mampulah nak kita nak cakap pasal soal kahwin. kalau cukup duit tapi ilmu kahwin-nikah ni takde, tak cukup.. pun tak guna gak. sekarang orang pandang ilmu. zaman dah berubah, dah maju. takleh pandang ke belakang. dulu takde kemajuan. sekarang dah ada kemajuan. kahwin muda macam mana pun, susah sekarang ni. nak-nak kalau dah ilmu takde dalam dada. setakat diploma dah macam spm. susah! lagi2 bila takde jodoh nak cari kerja utk hidup macam mana? mak bapak jugak yang terpaksa tanggung! susah! kena fikir masa jangka panjang jugak. takleh harap sebelah pihak saja. dibuatnya tak de jodoh.. macam mana? orang kata kena sediakan payung sebelum hujan.

tapi apa2 pun.
zaman dah berubah, zaman dah maju. nenek2, mak2 bapak2 kita kahwin dulu zaman dah tak macam sekarang. perempuan rampas suami orang, lelaki rampas bini orang. dah jadi trend zaman sekarang.

so say.. PANASS!!~~

Neverland said...

Well, emcik farhan. yelah memandangkan sekarang ni dah ramai lelaki dan perempuan yang songsang macam mana nak berkembang ilmu kahwin itu. ilmu kahwin boleh belajar. sebab itu lah ada kursus nikah. lepas tu boleh belajar.