Saturday, March 6, 2010

Ditebus kesalahan

Setelah beberapa hari mengharapkan bunga berkembang sambil lebah pun turut menyinggah, akhirnya semua itu terbalas.

Hoi, aku sedang bahagia saat ini, walaupun dia sedang enak berdengkur di sofa sambil aku masih celik mencari idea untuk membuat tugasan.

(senyum sambil mata kuyu)

Paling penting bila dia makin segak kebelakangan ini. Sebabnya sssshhhhhh. Tunggu.

Paling penting aku makin risau dengan perempuan-perempuan yang bakal menjerit namanya. Hoi, aku tak suka lah bila laki aku diangau perempuan lain.

Walaupun tugasan tak nak kalah, gigih juga aku pulang ke rumah walaupun menunggu budak monyet bangun jam enam petang tadi, tidur jam tujuh pagi tadi. Berapa jam dia menghabiskan masa berdating dengan tilam dan bantal?

Cukup terhibur bila keluar bersama dengan rakan-rakan dan budak monyet malam semalam. Engkau orang tak dapat bayangkan bagaimana kami semua hiruk-pikuk dalam karaoke.

Datanglah Superstar Karaoke Box, di Wangsa Walk (sempat untuk promote)

Jap jap nak curi bau ketiak budak monyet.

1 comment:

omgpetch said...

murah tak harga karaoke tu?