http://www.emailcashpro.com

Thursday, February 18, 2010

Shooting dalam produksi

Apa bezanya shooting produksi yang besar dan juga shooting produksi projek budak sekolah?

Bezanya cuma nama, dan gerak kerja yang berbayar. Projek budak sekolah mana ada bayaran. Buat secara sukarela dan sebab markah.

Kalau nak tahu, setiap, bukan setiap, semua produksi ada masalah. Mulanya dari pengurusan hinggalah ke bahagian teknikal dan sebagainya. Harus sedar bukan produksi projek sekolah sahaja, tetapi produksi yang bernama.

Kadang-kadang untuk pertama kali buat shooting sendiri untuk projek sekolah, mesti ada masalah. Dan beri kami peluang belajar dari masalah itu supaya tidak melakukan masalah ini lagi.

Aku dah dua kali.

Dua kali dalam produksi, masalah yang sama. Dan aku tak pandang heran, dan tak terkejut langsung sebab memang aku tahu masalah ini akan timbul di mana pengarah akan tukar shot sesuka hati.

Panas simpan dalam simpan, buat professional.

Satunya yang aku bangga, sebab perhubungan satu kelas menjadi rapat. Senyum kat mulut dah habis hujung sebab dalam hati berbunga sipi-sipi sebab bahagia punya pasal dengan budak-budak kelas.

Tabik spring terhenjut-henjut di dahi untuk Nana sebagai krew teknikal. Aku rasa dia lah perempuan paling best sekali buat kerja teknikal. Aku rasa dia akan terpilih untuk mana-mana produksi besar nanti.

Tepukan gemuruh juga untuk pengurus produksi dan penolongnya, sebab makanan selalunya lebih, dan sentiasa kena dengan masa. Semuanya krew dan talent sentiasa kenyang. Kalau lapar, ada sahaja yang lebih. Tapi aku tak sempat nak makan ikut masa, sebab bontot aku tak boleh duduk, kaki aku tak boleh berlenggang. Aku kena kehulur-hilir tengok perjalanan shooting macam mana.

Ada yang tak kena, aku diam lagi. Bila dah sampai satu tahap aku nak tegur, aku tarik dan tegur. Yang sentiasa memasang telinga mendengar teguran aku, tentunya pengarah.

Nak kata, desiran mengumpat itu memang sentiasa ada. Macam aku cakap, dalam produksi terlalu klise kalau nak meluahkan kata-kata kesat di belakang. Tak berani nak kata depan.

Paling tak suka, bila lelaki melihat perempuan mengangkat beg wayering yang berat dan tangan merah-merah buat derk je. Kau jantan ke pondan? Paling tak suka, bila lelaki tahu perempuan nak angkut lighting tak cukup tangan sebab sorang-sorang naik, dia buat derk je. Kau jantan ke pondan? Terpaksa mengeluarkan kata-kata tegas dengan perkataan "tolong".

Semua orang pun penat. Tapi ini shooting projek yang dapat markah bersama. Bukan markah untuk kau-kau seorang sahaja (jeling tajam)

Aku belajar dari shooting , nak ambil talent senang ambil budak budak puncak. Sebab produksi pula yang kena ikut jadual talent, bukan talent yang ikut jadual produksi. Payah, dan selalu nak tukar sequence sebab nak ikut jadual talent.

Aku buat-buat terkejut bila artis pun join sekali. Paling busuk sekali kawan-kawan artis yang lelaki bajet semua orang nak jilat konek dia, buat muka bongkak. Aku-tak-heran-dengan-muka-kau-yang-photostate (bak kata maganda) Senang cerita mereka semua ni bajet semua orang kenal, alahh budak-budak SAHAJA. Haaa ambik kau. Memang terpampang lagi nama kau, bagi semua orang kenal.

Ada juga senior datang menolong dan beri pendapat. Rasa terharu tak terkata, lagi lagi loverboy yang amat banyak membantu.

Untuk kesimpulannya, sangat enjoy shooting kali ini dan bahagia sebab budak-budak rapat. Masalah dalam produksi nanti akan bawa ke post-mortem.

Insyallah, dengan berkat kesungguhan dan kesabaran dan penat lelah kami, semuanya akan berjaya. Terima kasih kepada Kamil kerana sudi untuk edit video klip kami. Nanti kami akan belanja minum (senyum).

8 comments:

omgpetch said...

alhamdulillah semuanya went well kan? tak sangka sgt. i wakil kelas i ucap tahniah kt u all.

biasalah, kerja2 produksi mmg mcm ni. ktorg pun tak lari dari masalah sama.

budget terutamanya, crew2 pemls, crew2 mlt ckp blkg, crew2 reti tgk je. mmg ada. tak boleh nk tolak tepi.

tp apa pun, tetap akan rasa seronok. somehow gaduh2 ni sume biasalah kan. kita kerja secara professional. gaduh dkt lokasi ok. takyah bwk2 smpi ke luar produksi betul tak?

budak sahaja tu? aha dorg mmg artis tu gaya mcm tu kot. *cdd

anyway, tak saba nk tgk hasil kerja korg! i pny sdiri pon tak saba nk tgk. dah habis edit katanya

Neverland said...

korang bajet tak cukup ke? kitaorang bajet tak lebih dari 1,5 k. nak kata duit kitaorang keluar 20 ringgit je. yang lain sponsore :)

RUSH said...

20hinggit?!! len kali klu ada shoot mane2 aku nk join korg jela!!

omgpetch said...

ktorg mmg masalah budget. yelah, we ols takde sponsor mcm u ols. mle2 sorg keluar rm50. standard lah tu. tp last day kena tmbh rm10 lg. haha. mmg tak ckp budget. u pandai cari sponsor, baguslah

Neverland said...

haha, apalah rush ni.

tshirt pun 25 ringgit je. tapi apa pun duit produksi memang keluar 20 ringgit je lah.

and petch. next time, senang you minta kandang yang sponsore makan. apa pun, if anything you tanya je lah i.

Anonymous said...

kimie..emma setuju sgt2..nana yg paling cemerlang!! dia sgt bagus! papepon semua bagus..kita dah buat yang terbaik dan kelas pon makin rapat..luv u olls

omgpetch said...

ada mintak sponsor kandang. and dorg pun agree. tp at tht time kn, kandang tibe2 kena tutup. lps tu ape cite i tataw la. bukan i yg pilih makanan hehe

Mohamad Hj Yawmon said...

tahniah! tahniah! tahniah! =)