http://www.emailcashpro.com

Wednesday, February 17, 2010

Dari sini..

Gambar di atas ada kena mengena sedikit dengan entri kali ini.

Ingin menceritakan bagaimana sesebuah perhubungan boleh berkekalan ataupun di tengah jalan nampak lampu oren sahaja. Kalau redah je boleh selamat ataupun mati.

Perangai aku yang teramat mengada dan manja ini kadang-kadang membuatkan aku akan terlebih emosi. Benda kecil pun aku cepat terasa, tapi simpan pendam dalam hati ni yang paling aku tak suka. Sebab nanti aku menangis.

Haaaaa, aku memang seorang yang kuat menangis. Tak puas hati je menangis. Tak dapat cakap jujur je menangis. Tak dapat apa yang nak pun menangis. Macam-macam lah menangis. Loverboy akan datang pujuk usap kepala aku macam anak kucing padahal mulut dia membebel macam pak cik tua. Kemudian, dia tahu kalau aku menangis je nak ais krim. Macam budak-budak, tapi nak buat macam mana.

Kadang-kadang bila gaduh, rasa dah putus asa. Tapi lepas mulut je. Hati membuak-buak tak nak. Konon nak tunjuk ego. Serius kali ni, aku fikir teramat ke hadapan dengan loverboy/budak monyet. Suka hati engkau orang nak cakap apa, tapi aku memang serius dengan dia.

Perangai aku yang suka berimaginasi dan benda-benda yang sweet (akibat pengaruh daripada Hollywood), terbawa-bawa dalam perhubungan sampai kena sound "you ni terbawa-bawa dengan filem lah"

-____________-

Weh, salah-ke-kalau-nak-romantik-ikut-filem. Tak kan (geleng-geleng kepala)

Kalau semua nak tahu, dulu Mariana Shahira yang bapok inilah orang perempuan yang paling ego. Tapi bila dengan loverboy, semuanya berubah. Dia tak tahu, bila-bila masa sahaja ego aku tu boleh datang (senyum nampak gigi,tapi takut-takut)

Aku seorang yang suka menjaga. Tak kisah lah kau lelaki pun. Sebab kadang-kadang aku tunjuk kuat. Tapi aku memang kuat (tunjuk muscle). Aku bukan jenis perempuan yang bergantung kepada lelaki. Sebab hasil didikan mummy dan atok yang membuatkan aku menjadi anak sulung perempuan yang brutal dan keras kepala. Sebab itu aku boleh berdikari dengan sendiri.

Aku juga suka buat kejutan dan suka diberi kejuta. Tapi selalu aku akan buat kejutan. Nak dapat kejutan memang payah. Kena berangan banyak kali, berdoa kuat pada Tuhan, supaya angan-angan ini menjadi kenyataan.

Aku memang jiwang dan manja. Loverboy tahu macam mana nak layan jiwang dan manja aku. Dia biar sampaikan baju dia aku simpan banyak banyak, pakai buat baju sendiri. Semata-semata nak bau badan dia. Bau ketiak dia best weh!

Aku memang suka cium bahu. Sebab tu kadang-kadang tabiat mencium bahu loverboy tak dapat nak elak bila depan member dia atau aku.

Akar ceritanya, aku memang mengada-jiwang-penjaga-brutal. Loverboy boleh tahan sampai sekarang.

Kalau saya marah, tolong jangan ganggu saya. Biar saya tenang, dan diam pandang sahaja. Loverboy kadang-kadang selalu terlepas tu, dan menjadi mangsa herdikan suara dari perut aku secara tidak sengaja. DAH-MARAH-MANA-NAK-KAWAL kan?

Tak kisah lah. Aku tetap macam ni. Tetap macam ni dengan loverboy sahaja.

Aku selalu tengok filem, dan aku belajar. Dalam percintaan tidak semestinya sentiasa bahagia. Sebab melalui kebahagiaan yang berterusan tidak akan mengenal pasangan. Melalui pergaduhan, kita akan mengenal pasangan.

Lain kali, jangan sentiasa jiwang sangat. Cepat bosan. Berkepit pun jangan selalu. Sebab tu aku tak ikut bontot loverboy selalu di kampus. Sehari jumpa sekali, kadang kalau sibuk sangat tak jumpa langsung. Tapi masing-masing percaya, cinta itu masih ada.

Ini bukan percintaan budak-budak zaman sekolah.

Isteri adalah anugerah bukannya hak milik.

Pasangan adalah anugerah bukannya hak milik.

Awak tak boleh simpan pasangan awak bawah ketiak. Sebab lambat laun rimas yang sangat. Maaflah kepada sesiapa yang memang berkepit 24 jam (hampir). Termasuk sekali yang mesej.

Loverboy tahu aku paling suka bila kena peluk. Bila aku marah je, peluk sahaja. Jangan cakap banyak. Peluk dan lihat aku menangis. Sebab itu semua hanya sementara. Nanti aku akan jadi manja macam kucing. Meoww meoww (eeuwwww tak sama langsung).

Apa pun muka dekat gambar atas tu untuk loverboy je. Grrrrr

No comments: