http://www.emailcashpro.com

Friday, February 19, 2010

Pass this to me

*sep*

Remy pandang Julia dengan dekat. Peluh peluh dah keluar, macam banjir. Bunyi angin panas yang kuat yang dengar. Bunyi motor, kereta semua buat tak tahu. Dimutekan.

*sep lagi*

Julai pandang Remy tengah mata. Matanya juling. Tak sanggup nak pandang mata. Juling pun julinglah, asalkan tak bertentang mata. Jantung dah macam nak pecah. Angin panas meniup niup rambut Julia, sehinggakan rambut kena di bibir buat tak tahu.

R : Kau nak apa?
J : Kau pula nak apa?

Bunyi hon motor pula yang menyampuk.

R : Hmmm

Diam. Orang-orang yang duduk di stesen bas semuanya pandang mereka berdua. Macam sedang menonton movie.

J : Kau nak apa?
R : Kau nak apa pula?

Budak kecil yang sedang makan lolipop yang duduk berhadapan dengan mereka berdua, menggaru-garu kepala. Mereka asyik bertanyakan soalan yang sama berulang kali.

R : Kau nak apa?
J : Kau nak apa pula?

Abang yang berlagak macam mamat rockers yang memakai baju putih sendat, dengan seluar kulit hitam yang dibeli di bundle yang sendat hingga menampakkan bentuk bolanya, berpeluk tubuh memandang mereka berdua. Dia menurunkan sedikit shades hitamnya di matanya.

J : Macam mana?
R : Macam mana apa?

Bunyi kereta Satria hon, menganggu lagi.

R : Cepatlah
J : Hmm
R : Kau nak sangat naik kereta tu, dah pergi
J : Kalau aku tak nak?
R : Kalau kau tak nak, jangan jumpa aku lagi
J : Kau memang babi
R : Kau pun babi
J : Kau sial
R : Kau lagi sial

Makin lama, orang-orang di situ dah bertambah ramai. Semua memandang mereka berdua.

Remy mengeluh.

J : Kalau kau tak nak aku pergi, cakap je lah
R : Aku nak kau pergi, dah cakap dah pun
J : Jangan kau menyesal
R : Tak menyesal, lagi suka

Bunyi hon berkali-kali. Orang ramai marah. Bunyi hon henti.

Remy membetulkan rambut Julia yang melekat di bibir. Julia memandang ke bawah.

R : Aku cakap betul ni, kau pergi lah
J : Kau akan menyesal

Julia masuk ke dalam kereta. Lelaki yang berada di dalam kereta satria mengangkat tangan kepada Remy. Tidak berpaling. Orang ramai di stesen semuanya mengeluh. Mereka mengharapkan Remy akan kejar. Budak kecil yang makan lolipop tadi, tarik baju Remy.

BL : Kenapa abang tak kejar kakak tu?
R : Kenapa nak abang kejar dia?
BL : Sebab dalam tv, kalau perempuan lari, mesti laki tu kejar. Abang tak cintakan dia ke?

Remy diam. Bayangkan budak sekolah rendah boleh cakap macam tu.

--semalam--

J : You, esok I nak buat operation dah
R : Jangan pergi
J : I kena juga
R : Kalau tak berjaya?
J : You sorang yang I cinta
R : Jangan pergi
J : Tolong Remy
R : Tolong jangan Ju, i love you
J : I know that, but I want you to let me go
R : No
J : Please, tomorow at station bus
R : No
J : Please..

(hang up)

2 comments:

omgpetch said...

skrip ape ni? comellll <3

Mohamad Hj Yawmon said...

hurmm... sedih lah baca ni! =(