Friday, February 26, 2010

Leave me alone

Sekarang aku di dalam keadaan di mana, akan bertindak tidak semena-mena. Bila tak ada member yang boleh buat aku gelak sekejap, aku akan dalam mood untuk membunuh.

Membunuh diri.

Tak larat untuk dibuli lagi.

Tinggalkan aku sendirian untuk sementara waktu. Jika orang bertanyakan benda yang sama berulang kali membuatkan aku tidak senang duduk. Cuba untuk senyum, dan berfikiran waras serta matang. Tetapi perasaan marah itu juga menjuarai menguasai diri aku.

Meronta-ronta nak balik, kemudian pergi bercuti bersama keluarga.

Tinggalkan sekejap waktu belajar, dan persekitaran di kampus.

Tak mampu lah.

Sumpah aku tak mampu nak menanggung. Sekarang aku dah lari. Sekarang ini juga aku bukan berada di kampus, bukan juga di rumah, bukan juga di kandang, bukan juga di mana-mana yang anda fikiran. Aku berada ditempat yang kamu tidak akan terlintas langsung.

Semata-mata ingin menenangkan diri, dan mencari diri sendiri. Cuba mencari balik kekuatan yang dulu.

Argh! Makin lama, suara-suara setan di dalam hati, dan pandai menguasai minda. Sehinggakan tindakan sungguh menjelikkan dan menjengkelkan.

Maaflah awak semua kena bersabar dengan perangai saya sekarang ini.

2 comments:

omgpetch said...

aku teringin benar nak pergi jauh ke satu tempat yg hanya ada aku menjerit melepaskan perasaan aku, lama pendam. takut melarat. jom sama sama awak

mohamad 'may' yawmon said...

nak ikut chai?