http://www.emailcashpro.com

Saturday, January 9, 2010

Empat malam

Perkara pertama, aku berpecah dengan budak rumah lama aku, dan bersama dengan junior TEKA yang semuanya bising macam aku.

Ok, selama seminggu masuk ke kampus hanya dua hari di Puncak.

Perkara kedua, saya berada di Kamunting, Perak selama empat malam sebab nak lihat Sarah. Sungguh tak sangka, sebab semua ini last minute. Drive tengah malam, sampai singgah di Kuala Kangsar kemudian ke Kamunting.

Perkara ketiga, duduk sana makan-makan-makan-makan. Pagi makan, tengahari makan, petang makan, malam makan, tengah malam makan. Empat malam weh aku tak berak sebab makanan penuh. SEDAP WEH! Mak loverboy memang pandai memasak, dan terharunya bila keluarga loverboy menerima aku, lagi lagi dengan adik loverboy yang sama baya dengan aku.

MENGUMPAT & BERGOSIP.

Dia bawa aku jalan-jalan Taiping, dan paling teruja adalah mandi air terjun.

W : Yang, naik cepat naik cepat (sambil tepul tepul atas batu besar yang dia duduk untuk hisap rokok)
K : Kenapa?
W : Naik je

Dianugerahkan dengan bontot yang besar dan peha yang ekstrem, muka aku mengeluarkan usaha yang amat terlampau dengan menaiki batu besar, dan budak monyet hanya memandang dan mengetawakan aku.

K : Kenapa b?
W : Orang tua tu berak dekat atas

Terbeliak mata aku, dan mata meliar liar mencari tahi dia dalam air. Weh sumpah hilang mood. Agak lama duduk atas batu, kemudian redah saja mandi balik. Tak nak balik, sebab tak nak balik lah. Budak monyet dah ajak balik, tapi aku nak-tak-nak sahaja.

Rasa amat bahagia dan tenang walaupun tiba tiba muncul pula masalah yang memang tidak dapat dibendung. Loverboy sangat mengada-ngada dan dia membalas dendam dengan membahan aku depan keluarga dia.

OK, ai tak kisah, sebab yu sekarang ada dekat rumah ai, ai bahan yu balik.

Dia bermalam di rumah aku pula hari ini, sebab 10 Januari birthday Ica dan akan bertolak ke Kuala Lipis makan di sana. Budak gemuk itu mengada-ngada sebab minta kek yang amat besar di Secret Recipe.

Buat masa sekarang aku teramat bahagia dengan situasi yang macam ni. Cukup dengan kesederhanaan jangan dilebihkan dan dikurangkan. Dilebihkan takut lupa diri, dikurangkan takut sengsara.

Semalam malam, aku dan budak monyet pergi karaoke dan budak monyet jiwang tapi ai suka. Ingat tak masa induction dulu, budak budak perempuan semua menjerit "abang Wanfi, abang Wanfi" oh pleaseeeeeeeeeeee. Im not like those girl. Saya duduk diam diam di belakang, pandang dia sahaja. Jantung saya rasa nak meletup masa tu.

Dia nyanyi lagu AYU (V.E). Cair aku macam telur masak. Bila dia nyanyi lagu tu buat aku teringat masa induction dulu, dengan muka dia yang sangat nakal dan romantik, suara yang bergetar lutut.

Untuk sekarang, aku nak cari duit banyak-banyak kemudian, nak bawa mummy jalan-jalan.

2 comments:

omgpetch said...

alhamdulillah

Mohamad Hj Yawmon said...

wahhh.. kahwin jangan lupa jemput!