Friday, January 29, 2010

Cereka

Sepanjang dua minggu aku tak balik, jari aku gatal-gatal sebab tak dapat nak melepaskan tekanan di keyboard kemudian menjadi tatapan umum (mengeluh) gila rindu.

1) Tayangan HIDE/SEEK mendapat good feedback daripada penonton dan paling berbahagia bila Ajami Hashim terhibur.

2) Aku menjadi penerbit untuk video klip dan paling best sebab sponsore tak dapat nak cari, terpaksa buat muka kesian dan ngendeng ngendeng dengan papa. Duit papa pleaseeeeeeeeeeeeeee

3) Aku menjadi campaign manager dan aku tak rasa kecewa bagi kekalahan Hazwani Husna, sebab aku rasa dah menang, sebab ini adalah salah satu moment yang sangat sweet. Poster dia yang paling besar dalam sejarah kempen di Puncak Perdana. Tak menang untuk undian, memang di hati budak budak TEKA *agak poyo*

4) Paling penting Wani Ardy jadi pensyarah aku wei!

Sekarang dah ada dirumah, nak tebus rehat kaw kaw punya,tapi Miss Wani dah beri tugasan untuk submit Isnin ni.

Sepanjang dua minggu ini, aku dah kenal ramai orang. Macam Ja'a malu malu kucing masam nak tegur, tapi aku yang mula tegur dulu sebab dalam blog beriya berborak. Macam Een yang aku tak suka dengan perangai dia yang agak poyo, tapi sebenarnya dia seorang yang sangat kelakar dan boleh bawa lepak.

Macam budak budak IS dan LG yang aku tak kenal, menjadi kenal terutama Nasa dan Hassan.

Untuk loverboy, maaf sebab saya agak sibuk kebelakangan ini, dan makin sibuk, tapi saya tetap sayang awak *kenyit mata nak mengorat*

Puan Lina sayang aku agaknya, sebab dalam kelas asyik sebut nama aku *gelak kuat berlagak*

Kepada sesiapa yang ingin masuk dalam video klip yang berkonsepkan party dance, boleh lah datang ramai-ramai jadi extra, nak celah masuk muka dalam kamera pun tak apa *senyum*.

Apa yang penting kereta aku dah lima bulan tak basuh. Jadi jom kita gotong-royong.

2 comments:

mohamad 'may' yawmon said...

mari mari! saya tolong awak basuh!

amirah ikram said...

Wani Ardy ? demmit ! jelous okay !