Sunday, December 6, 2009

Tersepit

Apa kisah aku seterusnya jika aku masih tinggal?

Apa kisah aku seterusnya jika aku teruskan apa yang sudah diberi?

Papa cakap kalau masuk Degree akan diberinya Blackberry dan juga sebuah rumah sewa. Kelengkapan semuanya akan menjadi baru.

Papa cakap kalau tak sambung, ......

Ok sebenarnya papa memang suka mengugut macam tu, dan dia tidak tahu bahawa aku akan minta apa yang dia katakan.

Semua sudah maklum, memang aku tidak mahu sambung. Sebab aku sudah mempunyai rancangan aku sendiri, dan sememangnya aku memang tidak minat belajar.

Kalau sambung, ada kelebihannya.

Kalau sambung, aku akan terkandas di atas kesusahan subjek yang tidak mampu dibawa, serta tidak dapat merasa nikmat kehabisan Diploma yang sebenar selama enam sem.

Sem depan Degree? Can you imagine that?

Entah entah ada sama kelas dengan loverboy. Tak dapat nak bayangkan sebenarnya.

Aku tak dapat nak berfikir dengan terus sebab hati bengkak bengkok. Hati aku jadi sekecil kecilnya, tapi masih lagi dungu dan lurus.

Tahu, tapi cuma tangkiskan. Tahu, tapi cuma butakan. Tahu, tapi cuma pekakkan.

Sendiri yang tahu simpan ketat ketat.

Tuhan itu maha adil.

Apa aku dapat, orang orang berikutnya akan dapat. Menangis sekejap, kemudian diam dan gelak ketawa. Hanya kerana apa? Kerana tidak mahu memanjangkan konflik. Atau aku memang dungu dan bebal. Macam keldai atau lembu. Mengikut sahaja. Kadang kadang malas macam lembu duduk diam tak berganjak termenung di panas terik dan apa? Macam itu juga aku sekarang.

Menunggu untuk apa?

Pura-pura. Semuanya bullshit.

Aku nak lari.

(tersepit)

1 comment:

SarjaN yO said...

aku pun dah bengong nak fikir kimi..tak a,bik,rasa rugi...klau ambik rasa mcm xlgkap hidup je...arghhh,,,,bingung sudah...