Tuesday, December 15, 2009

Psychologist

Kalaulah aku seorang perempuan kuat yang selalu berfikiran positif. Kalaulah aku seorang perempuan yang hari hari berbunga. Kalaulah aku seorang perempuan yang dipimpin, dan dikehendaki sentiasa.

Baru lepas menonton 10,000 BC.

Kalaulah seorang lelaki sanggup mengorbankan dirinya hanya untuk menyelamatkan aku. Kalaulah seorang lelaki sanggup kejar hanya untuk mendapat aku.

*berangan*

Ada tak dunia dalam filem sama dengan dunia realiti. Ada tak lelaki sanggup buat begitu untuk seorang perempuan yang dia suka? Ada tak dalam realiti dalam proposal yang sangat romantik macam dalam filem.

Ada tak lelaki macam watak Farid Kamil dalam Im Not Single.

Awak perasan tak lelaki yang mempunyai ego yang tinggi, selalunya mempunyai kelakuan romantik yang teramat ekstrem. Tak selalu tunjuk, tetapi selalu menjaga.

Kalau dia kata sayang, betul lah tu.

Tiba-tiba aku nak menjadi psychologist pula. Aku sebenarnya memang berminat.

Sebabnya moto aku, "kau tak boleh tipu seorang penipu"

Dan juga,

"mengalah tak bermakna kita kalah".

Kau orang tipu aku boleh tahu, tapi aku diam. Sebab itu semua kelakuan normal. Aku diam dan aku iyakan. Tidak mahu mengaibkan. Kalau kau orang tipu dan menegakkan benda itu tidak benar sekali pun, dan aku berkata aku percaya, jangan percaya. Sebab aku masih lagi tahu kau menipu.

Kadang kadang member selalu cerita,

"Patut ke aku yang cakap dulu"

Walaupun benda itu menyakitkan hati kau sekali pun, tetapi bukan kah pendamaian itu lebih senang dari berdendam.

Sekarang ini , impian aku menjadi terlalu banyak.

Nak menjadi psychologist (senyum puas)

2 comments:

Coffeeholic said...

adik,
welcome to the real world.
filem cuma refleksi tetapi bukan cermin.
refleksi boleh menipu
cermin tak akan menipu
ive been studying this so hard since i started to think the same think at ur age. keep go on. take care:)

amirah ikram said...

kalau jumpa lelaki2 mcm yg u wish tu kat mana2 , let me know . :)