http://www.emailcashpro.com

Thursday, December 17, 2009

15

Aku berjaya mencatat rekod membawa kereta dari rumah (Wangsa Maju) ke Shah Alam selama 15 minit. Dengan kelajuan 120 dan juga melalui jalan DUKE, adalah tidak mustahil untuk sampai begitu cepat.

Bayangkan muka aku berlagak gila bila sampai di tol Bukit Jelutong.

Ketuk pintu rumah, dengan muka dia yang selebeh, bau masam yang kebauan, salam cium tangan, dia tarik peluk aku.

Setiap kali pertama pertemuan aku akan menjadi kekok atau lebih senang segan. Kenapanya?

Macam biasa, terus baring dan dia peluk lagi.

Kali ini, sebelum dia berangkat ke Langkawi, aku cuba menghasilkan satu perhubungan yang sangat romantis dan bahagia. Bunga bunga putih berterbangan di atas kepala , sebab loverboy sangat romantis dan dia berjaya membahagiakan aku.

Saat jatuh ini, dia bangkitkan aku.

Sambil mengucup aku di dahi "Sabar sayang, I takkan tinggalkan you" sambil itu juga dia mengesat air mata aku. Aku macam bayi sebab duduk di bawah ketiak dia. Basuh baju kotor dia yang bertimbun sehingga pinggang terasa sakit sebab aku memang tidak boleh mengcangkung lama.

Ya, hari ini kamu bergusti dan mendapat lock yang baru. Saya yang menjadi mangsa, tetapi saya liat.

Batuk batuk yang teruk keluar depan dia.

W : Kesian sayang I ni batuk teruk

Ditegur oleh rakan rumah kerana asap rokok yang membuatkan aku batuk.

W : Oh..sorry

Cepat cepat dia padamkan rokok. Sebenarnya memang batuk mengada ngada ni sudah melekat bukan sebab asap rokok.

Lelaki gangster hari ini, menjadi lelaki mengada ngada.

Mood sekarang : BAHAGIA

No comments: