http://www.emailcashpro.com

Sunday, December 20, 2009

Nak cakap tapi tak boleh

Tempat yang sepatutnya dijadikan sebagai tempat mengadu, sudah bertukar menjadi nak-atau-tak nak punya perasaan.

--

Semalam aku membawa adik adik ke rumah Acu, dan malam semalam juga mereka semua mandi pool dan aku duduk bersama aunty melihat Oya menendang Ojum ke dalam pool. Dia sungguh gangster.

"Aiman jangan lari, nanti jatuh"

Makin aku cakap, makin itu diaorang terkekeh-kekeh berlari. Aku benci, tapi nasib baik comel.

Wei, aku ada Wrong Turn 3. Jom tengok nak, sama-sama kita muntah dan pening melihat bersama.

Aku cakap dengan papa, kalau aku diterima (sila wajib baca perkataan kalau) masuk ke Degree, aku nak rumah sewa sendiri, tak mahu duduk dalam Puncak dan papa iyakan saja. Wei SYOK GILA! Tahulah akan menyusahkan, tapi disebabkan aku ada kenderaan dan juga tidak perlu tidur di dalam kereta kalau overnight, juga boleh memakai baju sampai tetek terlodeh pun tak apa. Bila fikir balik, aku 101% tak sokong kalau loverboy nak duduk luar, tapi aku senang lenang cakap dengan dia aku nak duduk luar. Excited lebih pula tu. Sungguh selfish aku ini (ha-ha)

Bila fikir balik, aku akan bersama-sama masuk ke kelas bersama dengan orang yang aku paling-tak-suka-tengok sebab aku gelar dia BABI GEMUK! Aku tahu ada dua tiga orang tahu siapa BABI GEMUK INI!

Aku baru lepas baca entri seseorang yang hari hari aku akan buka, mengatakan bahawa lelaki tidak sepatutnya belanja teman perempuannya, sebab nak simpan untuk perkahwinan, dan tidak tentu lagi kalau teman perempuan itu akan menjadi teman hidupnya.

WEI, aku tak-berapa-setuju.

Apa salahnya kalau seorang lelaki belanja teman perempuannya, bukan keluar beribu pun. Dan aku tidak rasakan lelaki itu seorang bodoh kalau lelaki itu mahu bahagiakan perempuan itu dan membeli hadiah yang mahal. ITU DUIT DIA LANTAK DIA LAH NAK KELUAR BERAPA UNTUK KEBAHAGIAAN DIA. Memang lah kita tidak tentu kalau perempuan itu teman hidup kita pun, tapi apa salahnya kalau sekali sekala.

EGOIS

Itu aku mampu cakap.

No comments: