Friday, December 18, 2009

Jadi 1

Sudah sekian lama, (alert dengan ayat lama tu ya) keluarga macam ni berkumpul belah papa dan mummy. Oh betapa meriahnya rumah aku yang sempit ini dengan orang orang yang menghiburkan sekali gus, aku tidak berfikiran negatif.

Petang tadi, aku dengan Nana bergegas ke Carrefour untuk mencari mike dan cd karaoke. Kau orang kena alert dengan perkataan karaoke. Ya, aku memang terlampu minat dengan karaoke, sebab ini lah salah satu punca aku menjadi hyper kembali dan menjadi ceria. Senang kata menghilangkan stress.

Balik rumah terus mula berpanggang ayam, daging dan kambing.

Atok dengan wan yang sampai dulu, kemudian mak ngah dan keluarga kemudian Uncle Redza, kemudian Acu. Ya Acu memang paling mengada sebab dialah orang paling terakhir sekali datang.

Makan-makan-makan-makan.

Woi perut pun buncit woi.

Berhenti-borak-borak-borak

Sambung balik makan-makan-minum-makan

Perut aku dah macam berapa bulan mengandung. Semua orang nampak puas.

Mungkin lebih meriah jika loverboy ada bersama, dan Acu bertanya "Wanfi mana?"

"ikut Prof Razak shooting"

Dan kemudian bercerita-mengumpat-dan mengumpat. Kalau dengan Acu apa pun boleh mengumpat. Maaflah memandangkan pembaca Neverland ini terlampau ramai pembaca dari UiTM, maka saya tidak boleh berkongsi cerita tentang pengumpatan saya tentang Prof Razak. Nanti ada orang marah. Ops!

Kembali makan-minum-makan-minum teh tarik.

Saat yang ditunggu tunggu adalah saat KARAOKE BERSAMA (wei aku terlampau teruja wei)

Dengan memulakan para veteran menyanyikan lagu P.Ramlee dan Saloma. Kemudian aku dipaksa untuk menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu. Ok, semua orang diam dan bersorak sebab tak sangka aku boleh bawa lagu ini.

Kemudian sedara sedara yang lain pula bernyanyi. Makin lama, tinggal tiga orang yang fokus pada karaoke sebab semua berborak di meja makan, lagi lagi ada Acu.

Aku dengan gigih untuk mengembalikn fokus mereka, aku dengan bangganya membawa lagu LAGU UNTUKMU. Wei, aku suka gila dengan lagu ni.

Dari bising, menjadi sunyi sepi, sebab aku dengan asyiknya melompat lompat macam di tempat karaoke, tak hingat dunia walaupun orang tua kaum atok dan nenek ada.

Mereka bertepuk tangan dan tidak sangka.

(gelak bagak)

Setelah berpenat menyanyi, maka kembali ke meja makan, dan makan lagi.

Rutin hari ini asyik makan-nyanyi-borak-makan-makan-makan.

Aku lebih suka kalau keluarga berkumpul macam ni.

Rasa bahagia tahu tak.

Saya akan download semua gambar gambar kemudian.

No comments: