http://www.emailcashpro.com

Sunday, December 27, 2009

Jerawat ni mengada tau

Dah nak masuk kampus, mula lah dia nak tunjuk manja dia dengan tumbuh macam macam dekat muka aku. Konon merajuk lah tak nak pulang ke kampus. Sebab nanti asyik berteduh luar panas, berpeluh dan pelbagai.

Tetapi kenapa emcik dan puan jerawat mesti tumbuh masa sekarang? Saya tak faham. Cuba jelaskan boleh.

Tadi berbual dengan loverboy, tentang perkara lain aku tidak sebutkan langsung tentang ingin bertemu dengan dia, sebab aku merancang untuk berjumpa ketika New year nanti.

W : Esok you datang nak tengok I?
K : Huh?
W : Tak payah datanglah, sibuk je
K : (tergelak dalam hati, sebab aku tak cakap pun nak datang) Ok
W : Eleh, terasa hati lah tu
K : Lah mana ada
W : Sibuk lah you nak datang sini
K : Ohh emm ok
W : Tak payah tak payah

Makin nak kena cepuk tahu budak monyet ni.

K : Ok lah, dah you kata I menyibuk lah, jadi tak payahlah I datang
W : Alaaa datang je lah. Merajuk lah tu (gelak mengada-ngada)
K : (gelak dalam hati gila-gila) Ok, esok you nak I bawa apa?
W : Tak payah lah, I nak you je

Ok secara kesimpulannya, dia nak jumpa aku dan terlampau lah rindu dekat aku sampai buat perangai GEDIK DAN MENGADA BEGINI ! Wei, bayangkan budak gangster ni buat perangai mengada tahu tak.

Kalau nak jumpa I, cakap lah jumpa. Ini buat cerita konon I yang nak jumpa you, tumbuk baru tahu !

No comments: