http://www.emailcashpro.com

Wednesday, December 30, 2009

Jangan marah-marah

Hampir mengucapkan selamat tinggal untuk tahun 2009.

Selamat datang tahun 2010.

Kenapa ramai penyanyi Hollywood yang ingin berhenti menyanyi dan berlakon pada tahun depan. Oprah ingin menghentikan rancangan. Jay Sean ingin berhenti menyanyi. Usher pun mana ada buat konsert dah. Weh terlist nama-nama besar ni.

Kenapa begitu percaya kepada kepercayaan bahawa 2012 adalah kiamat? Bukan kah tanda tanda kecil sahaja kita boleh tafsirkan dan tarikh kiamat itu bukan kita yang tentukan, tetapi hanya Dia.

Awal tahun 2009 (sem 2) semuanya agak kucar-kacir dan memang ribut taufan datang ambil segalanya. Mengambil 'rumah' aku. Kemudian didatangkan dengan kedatang seorang lelaki dari langit (bayangan sahaja) untuk mengangkat aku dari jatuh. Teramat seronok sem ini sebab teramat bahagia.

Bulan Julai-November (sem 3) sem yang paling aku tidak suka. Semuanya kacau bilau dan haru biru. Aku keluar masuk hospital. Banyak tekanan, banyak dugaan, banyak kritikan, banyak pergaduhan, banyak drama, banyak bertumbuk bertampar, banyak keluar duit, banyak berpura-pura, banyak menunjukkan ego, banyak berusaha untuk subjek dan banyak yang macam macam. Letih weh letih.

Tapi semua usaha itu berbaloi dengan pointer yang amat terkejut. Ching!

Sem 3 sem paling aku tak suka. Semuanya yang berkaitan aku tak suka.

Mengharapkan tahun baru akan datang, semuanya baru. Perhubungan aku dan loverboy akan lebih manis dan gembira. Perhubungan aku dengan kawan-kawan, tidak lah sesakit mana.

Azam tahun baru. Perlu berubah Mariana. Tidak kisah lah berubah dari segi apa pun, asalkan awak memang perlu berubah.

Saya sayang diri saya. Tak mahu benci benci lagi ya.

Tolong jangan buat aku sakit hati lagi. Sebab aku tak mahu kena perli nampak sahaja ambulan teringat pada aku. Weh bukan aku buat buat sakit. Bodoh.

Esok merancang nak keluar dengan loverboy tapi tak tahu ke mana. Papa dan yang lain menyambut di Kenangan International, siap ada theme lagi. Moonlight Beach dan 60's. Ok sangat best, sebenarnya nak pergi sekali, tapi dah janji dengan loverboy.

Jangan marah-marah.

2 comments:

Mohamad Hj Yawmon said...

selamat tahun baru mariana

Azhar Rakus ♥ said...
This comment has been removed by a blog administrator.