http://www.emailcashpro.com

Friday, December 25, 2009

Akur

Nampaknya untuk tahun depan, senyuman aku begini susah untuk dilihat.

Aku terpaksa akur, walaupun memang aku tahu akibatnya. Aku terpaksa akur, walaupun benda itu menyakitkan.

Aku benci dengan diri sendiri, kerana terpaksa mengiyakan walaupun aku tidak setuju. Aku benci dengan diri sendiri kerana terlalu mementingkan diri. Aku benci dengan diri sendiri kerana menghalang tujuan baik seseorang itu. Aku benci diri sendiri.

Enough.

Aku tidak mahu menjadi halangan.

(tunduk mengeluh panjang)

Aku cuma mahu perhubungan yang normal, dan aku tidak berpura-pura. Aku tidak mahu apa yang aku ada sekarang, hilang begitu sahaja. Cukup. Aku tidak sanggup.

Aku tidak akan pernah suka, dan tidak akan faham, walaupun tujuannya untuk masa depan.

Kenapa aku tidak boleh memahami kehendak dia? Kenapa aku tidak boleh memahami bahawa itu sahaja yang dia boleh lakukan?

Aku ini mementingkan diri, atau? Macam aku sebutkan tadi, aku cuma mahukan perhubungan yang normal.

Kadang kadang kita perlu berkorban untuk melakukan sesuatu yang betul, dan kadang kala pengorbanan itu mengambil impian kita.

Impian aku untuk memiliki perhubungan yang normal dan bahagia dan berkahwin.

Impian aku itu punah serta merta.

Akur ya akur.

Benci dengan diri sendiri.

1 comment:

omgpetch said...

benci aku benci.

tp aku taw benci tu tak lama