Sunday, November 22, 2009

Pee-pee

Hari-hari petang pun nak hujan & aku sering kali masuk ke tandas membuang air kecil yang agak banyak walaupun lima minit baru masuk tandas. Tak ke hebat tu? Kesimpulannya, aku memang tak boleh tahan dengan sejuk, dan aku memang tidak suka dengan air-cond yang terlampau kuat sebab saya ada resdung.

Tadi pergi ke Gloria Jeans di Sunway, dan untuk pertama kalinya aku naik ke pentas dengan adik-adik pada jam hampir sebelas malam kerana semua orang tidak ada masa itu. Aku dan adik-adik yang kepala sama dengan aku, miming ikut lagu dan konon-konon buat ada band. Lantak lah, papa punya kedai, dan manager memang tak boleh buat apa.

Nana rosakkan stand mike. Dan gigih membetulkannya.

Sekarang ni saya amat rindu dengan loverboy sampaikan saya memakai kemeja tanpa berseluar.

2 comments:

omgpetch said...

bapak kau punya gloria jeans ke? serius? boleh minum free u all. haha

Anonymous said...

semua boleh minum free kecuali Muhammad Faisal bin Mohd Noor & sekutunya Mohamad Bin Yawmon.