http://www.emailcashpro.com

Monday, October 19, 2009

Terpaksa

Entri sebelum ni aku terpaksa padamkan disebabkan mungkin akan mengguriskan hati sesiapa. Bodoh!
Fikir nak jaga hati orang, tapi hati aku siapa nak jaga?
Terpaksa.
Hari Khamis lepas antara salah salah event yang berjaya buat kami satu kelas. Bukan lah sehebat mana, cukup hanya kerana event berjalan dengan lancar, dan terima kasih buat KukuBesi yang sanggup datang tanpa kami memberikan bayaran apa pun. Dapat tutorial lagi tu. Memang bertuah sangat.
Kalau di fikirkan, aku terpaksa pejam mata.
Haih perempuan itu. Masih lagi tercari-cari. Terlalu emosi sehinggakan orang pun jelik.
Kepada perempuan yang sepatutnya,
Maaflah. Aku bukan sengaja. Tingkah laku aku ini berlaku dengan drastik sehinggakan orang di sekeliling tertanya-tanya. Aku pejam mata bila kau lalu. Aku kunci mulut bila kau lalu. Semuanya terlalu spontan. Ya untuk sekarang aku memang jahat. Tapi mungkin kerana tingkah laku aku ini untuk mengelakkan aku akan sakit lagi. Sakit kerana mendengar kata-kata kau tentang aku. Sakit kerana tingkah laku kau yang kadang-kadang berpura-pura.
Serius aku cakap, memang aku rindu. Cuma untuk saat ini biarlah sajakan rindu. Mungkin kita tidak boleh berbaik kembali seperti dulu, kerana aku sungguh trauma kehilangan teman rapat perempuan.
Terpaksa.
Penulisan aku makin lama makin hambar. Tunggu aku cuti sem., mungkin idea lebih banyak mencurah. Dengar cerita orang itu dapat masuk Asia most popular bloggers. Tahniah.
Dua tiga hari ini sering kali mimpi yang sangat aneh. Berulang kali aku mimpi aku membunuh orang. Dan teknik membunuh orang itu terlampau real sampaikan kesan bila bangun terasa lagi. Aku pembunuh misteri. Aku pembunuh kejam. Bila aku bunuh aku makan.
Erk?
Mungkin kerana terlampau dendam, dan tidak dapat membunuh secara nyata, jadi mimpi yang jadikan nyata. Adoi (tepuk dahi)
Perut aku dah rasa rama-rama sebab lagi beberapa jam, mak ayah loverboy akan datang. Aku harus cari resepi makanan, incase mak dia tanya (nampak sangat aku tak memasak).
Terpaksa.
Esok loverboy akan ada convocation. Esoknya lagi HARI JADI AKU (senyum lebar). Mungkin untuk kali ini, aku harapkan tidak menjadi yang lepas-lepas.
Serius aku nak candle light dinner.



4 comments:

omgpetch said...

siapa perempuan itu kimie?

*curious

Azhar Rakus ♥ said...

bersusahan dan bermatian menjaga hati setiap insan.
hutang budinya dibawa mati.

Anonymous said...

i think you know who - kimie

Anonymous said...

dibawa mati mungkin. dendam tak mungkin mati.