http://www.emailcashpro.com

Sunday, October 25, 2009

Sepanjang hari lahir

Pada hari lahir saya, tiada sambutan. Tetapi mendapat kejutan hadiah paling comel saya dapat dari loverboy. Tapi semenjak dua hari yang lepas, baru hari lahir saya disambut.

Terima kasih kepada Intan dan Mirul bagi hadiah yang comel sangat. Saya lekatkan dekat loker saya.
Dan saya mendapat hadiah dari loverboy, dia tampal gambar dekat polistrine (tak tahu nak eja) dan sekeping kad yang sangat comel. Saya tak tahu pula dia sayang saya macam tu sekali (senyum lebar).
Pada malam 23hb saya dikejutkan oleh rakan-rakan dengan dibaling tepung, serbuk kopi kapal api, serbuk kurma, serbuk kari, Softlan, Daia, dan sebagainya dan menyebabkan rambut saya berbau sangat busuk dan terpaksa membasuh baju dalan kegelapan kerana lampu bilik air sudah rosak.
Pada malam Sabtu 24hb, papa bawa saya pergi makan di Chilis, Bangsar. Pada mulanya nak makan di Pavillion tetapi disebabkan terlampau banyak membuang masa, akhirnya terus ke destinasi yang memang kami suka, Chilis. Jalan-jalan di bangsar, banyak kali terjelepuk jatuh padahal saya pakai gladiator.
Pada hari ini 25hb, saya menghantar papa ke airport kerana papa pergi ke Shanghai, dan sebagai hadiah yang saya minta, saya nak BlackBerry. Saya tak kira. Dan sudah lama papa tak cium dahi saya, subuh tadi saya dapat. Tahan air mata. Rasa sebak, papa cakap "jangan gaduh-gaduh". Papa dengar perbualan saya dengan loverboy malam tadi.
Tadi, mummy beli kek di Secret Recipe dan mummy masak makanan kegemaran saya iaitu LAKSA JOHOR. Terharu sebab acu semua datang.

Terima kasih untuk sepanjang hari lahir ini.

Sayang semua.

3 comments:

RUSH said...

bestnya..
jeles lak aku..
hihi.

Maganda Si Intan said...

ehehe happy birthday again! haha melepas i tak dpt tgk korg main tepung. plus bukan ke gladiator u tu dah tercabut tapak dia? patut la ko tertonggeng je! ahaha. ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh i jealous if u dpt blackberry duluuu! aaaaaaa.

Neverland said...

dah tercabut tapi i masih gigih dengan melekatkan dengan gam uhu. hahaha.