http://www.emailcashpro.com

Monday, October 26, 2009

Bila kata tentang jodoh

Bila kata tentang jodoh, anda percaya tak tentang jodoh?

Kalau awak semua tanya pendapat saya, saya akan jawab tidak. Ini adalah kerana, kita tidak tahu siapa jodoh kita. Kita hanya tahu siapa cinta kita. Kita tidak tahu apa istilah jodoh itu.

Macam Nora Danish masa nak bernikah, "Saya yakin dia adalah jodoh saya, doakan saya". Akhirnya apa yang berlaku? Jadi adakah jodoh itu hanya diletakkan apabila berkahwin sahaja?
Jadi aku tidak boleh cakap " Aku dah jumpa jodoh aku" aku akan cakap "Aku dah jumpa cinta aku". Sedangkan cinta itu kadang-kadang boleh berubah. Orang kata jodoh ini ketentuan Tuhan. Kalau kita mendapat lelaki yang lemah lembut perwatakannya sebelum berkahwin, apabila sudah berkahwin baru dapat tahu bahawa lelakinya buaya darat. Jadi adakah itu jodoh?

Macam Umie Aida. Dia kata dia sudah bertemu jodoh. Jadi sebelum ini dia tak bertemu?

Aku tak kisah engkau orang semua nak cakap apa. Tapi ini lah pandangan aku sendiri.

Kita tidak tahu sama ada pasangan kita ini adalah yang kekal ataupun tidak. Kerana manusia sering berubah. tetapi itu terpulang kepada individu. Kita tidak boleh memaksa, tetapi boleh mengerjakan.

Bila kata tentang jodoh, aku sendiri pun terdiam.

"Kau dah jumpa jodoh kau, jadi tunggu apa lagi"

Ai tak suka lah yu.

Cuba kau cakap, "Kalau kau yakin dia boleh menjaga kau, jadi tunggu apa lagi"

Barulah syok nak dengar yu.

Tuhan memberikan kita pasangan, untuk hidup bersama menjalani kehidupan yang normal. Salah satu perkara yang harus adalah berkahwin, kerana akan menambahkan ramai lagi zuriat.

Cinta bukan jodoh.

Jodoh boleh ditukar kepada cinta.

Saya ada pendapat saya sendiri. Awak ada?

No comments: