http://www.emailcashpro.com

Monday, September 14, 2009

140909

Lagi berapa hari kita akan menyambut Syawal. Rasa tak sabar pula. Sebenarnya tak sabar nak makan laksa Johor. Nyum nyum. Esok merupakan hari terakhir aku akan berbuka dengan loverboy dan rakan kelas. Tak sabar pula nak berbuka dengan budak budak hanguk Khamis ni. Ara pula tak sabar nak berjumpa. Maklumlah dah setahun.
Hai semua,
Kita belajar dari kesilapan orang lain, bukan dari kesilapan kita sendiri. Kerana kita tidak akan sedar, walaupun sedar untuk sekejap. Di atas pengalaman orang lain, kita boleh sedar silap kita. Kita boleh belajar dari situ. Tapi sampai bila?
Hai semua,
Di bulan Ramadhan inilah, banyak dugaan Tuhan turunkan kepada aku. Dan satu-satunya dugaan yang aku memang sudah jangka ialah persahabatan. Aku tahu siapa kawan. Aku tahu siapa lalat.
Hai semua,
Untuk sekarang dan umur sekarang, aku rasa tidak salah dan sudah boleh jika kita mencari lelaki sebagai suami bukan teman lelaki.
Kalau inilah jodoh aku, panjang kan lah.
Aku tidak memandang lelaki lain, kerana sudah penat untuk bersandiwara. Kerana hati aku menginginkan bahawa loverboy adalah lelakinya.
Hai semua,
Untuk bulan Syawal yang akan tiba ini, aku ingin memohon maaf dan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya.

2 comments:

Mohamad Hj Yawmon said...

selamat hari raya!
maaf zahir batin!

omgpetch said...

selamat hari raya kak. i nk menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dari hujung rmbt smpi hujung kaki if i all ada buat salah kat u all k. (rasanya takde kot ;P) hehe. anyhoo, happy raya! jgn maen mercun ok