Tuesday, September 15, 2009

Rasa terpanggil

Tadi aku baru saja selesai menelaah beberapa blog. Sempat terjah walaupun pinjam laptop dan broadband member. Bila terbaca, mula lah rasa terpanggil. Isu ini dibangkit kerana, orang yang bercerita pada kita hanya sekadar untu meluahkan perasaan.

Sesetengah orang meluahkan perasaan hanya untuk kita mendengar dan untuk menemani kita menangis. Selain dari itu, mungkin juga kerana untuk menenangkan kita. Sesetengah orang meluahkan perasaan kerana ingin bertanyakan pendapat. Walaupun bukanlahh pendapat dan nasihat yang kita ingin dengar, tetapi cukup kau memang beri perhatian.

Di sini aku rasa terpanggil sebab orang ini katakan "Dia luah perasaan dekat aku, maki hamun laki dia. Lepas tu alih-alih dah ok dengan laki dia. Ini orang gedik namanya"

Memang kita tidak perlu berceritakan tentang perilaku buruk suami kita, apatah lai keluarga sendiri. Tetapi mungkin dia mencari kau kerana ingin meluahkan perasaan. Memang dia ingin perhatian, sama begitu dengan kau. Kau bergaduh dengan laki kau, luah juga di blog. Jadi apa salahnya jika dia mencari seseorang untuk mendengar.

Kadang-kadang bila kita dalam keadaan yang marah, semua perkataan yang tidak senonoh akan keluar. Dan kita tidak sedar, sampaikan kita tahu kebenarannya.

Kau memang benci dengan orang tipikal yang macam ni. Tapi, bukan kah kau pun sama tipikal. Kerana walaupun kau tidak statekan nama yang sebenar, tetapi kau masih bercerita. Malah untuk tantapan orang ramai.

Jangan lah kita membenci orang, cukup sekadar tidak suka perangai. Itu sahaja cukup. Jika kita membenci, akan ada sepuluh orang akan membenci kita. Kenapa harus mencari kesalahan orang lain, sedangkan kesalahan kau tapis dengan baik baik. Mungkin kerana ayat kau tu berkias dan iramanya amat menarik.

Mungkin orang akan kata "Oh perempuan tu kenapa macam tu, burukkan suami dia, tapi lepas tu dah ok"
Tetapi kenapa tak ada orang kata "Kau pun sama"

Mungkin kau tidak bercerita tentang keburukan suami kau, tetapi bukan kah sama kau bercerita tentang kesedihan kau di rumah, dan orang akan buat spekulasi yang sama terhadap suami kau?

Dua-dua salah.

Jangan burukkan suami.

Jangan cerita pada orang lain.

Orang itu hanya sekadar meluahkan perasaan. Jadi terima dengan hati terbuka, walaupun telingan anda pedih. Dan mungkin kejujuran itulah lagi bersinar. Cakap dengan baik "Janganlah cerita buruk pasal suami kau lagi, tak elok. Berdosa"

Kan senang?

Walaupun umur kau sudah mencecah 26 tahun mungkin, aku hanyalah 19 tahun Oktober ini, tetapi pemikiran kita berbeza. Walaupun penulisan aku banyak menjurus kepada emosi seperti juga engkau, tetapi mungkin kau boleh fikir dengan lebih terbuka, dan cuba cermin diri dahulu.

3 comments:

SarjaN yO said...

cukup dgn tidak suka,usahlah membenci sesama manusia..

mohamad 'may' yawmon said...

betul, betul, betul!

Panik! said...

kadang2 kalo kite wat baik disangka buruk, tapi org lain wat jahat macam setan dianggap dewa.

benci pada sifat da cukup bukan pada orangnya.