http://www.emailcashpro.com

Saturday, August 22, 2009

Selamat berpuasa

Hari pertama puasa berjauhan dengan loverboy sebab ingin berbuka bersama keluarga. Ica balik kerana cuti sekolah seminggu, aku baru tahu tadi.

Loverboy pergi shooting Kalot, hati-hati ya baby. Jangan sampai berbuka kerana tidak tahan.

W : Kalau boleh I nak you pakai tudung bulan puasa ni.

Diam.

W : Bulan puasa ni kena tahan. Tak boleh pegang tangan, tak boleh cium dah tau

Diam sambil tersenyum.

K : Kalau lepas buka nak cium bahu boleh tak? Bahu je

W : Kalau mendatangkan ghairah macam mana? Batal puasa satu hari

K : Alaaaaaaaaaaa
W : Ok, cium bahu je. Tak boleh cium lebih lebih

Senyum nakal.

W : Sebelum ni boyfriend you tak pernah cakap macam ni ke?

Geleng. Sebabnya yang dulu lepas buka puasa boleh pegang tangan, cium dan peluk.

W : Tipulah

K : Betul lah. Mana pernah diaorang strict macam you

Hakikatnya loverboy banyak mengajar aku benda yang aku sengaja lepas pandang. Dan semalam juga loverboy mengajar aku niat dalam bahawa arab kerana sebelum ni aku niat dalam bahasa melayu.

W : Bulan puasa ni jangan marah-marah. Kena cool je ya?

Baiklah.

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

p/s : Sale habis 31 ogos ni, jom shopping!