http://www.emailcashpro.com

Tuesday, August 18, 2009

180809

Disebabkan aku tidak boleh bernafas, mata tak boleh buka kerana air mata meleleh meleleh, kaki tak cecah tanah, aku separuh sedar. Hanya mendengar tapi susah untuk bersuara. Aku tak boleh bernafas disebabkan dada aku menghimpit. Macam kejadian dua tahun lepas. Tapi ini lagi teruk.
Papa terus bawa aku ke hospital di Shah Alam, dan kemudiannya aku diberikan plastik untuk menyedut karbon dioksida aku balik. Mata masih tak boleh buka dan menangis lagi.
Lelaki : Laaaa dari tadi tak berhenti menangis, kesian betul
Perempuan : Dik..tarik nafas perlahan-lahan. Kesian aku tengok budak ni
Macam mana aku nak berhenti menangis kalau telinga aku masih terngiang-ngiang kata-kata yang menjatuhkan aku.
Doktor : Dik..cuba relaks. Jangan biarkan emosi mengawal adik.
Seharusnya doktor lebih tahu tentang perasaan aku.
Aku sudah bernafas dengan elok, tapi..
Lelaki : Dik..kenapa masih menangis ni?
Diam.
Lelaki : Jangan menangis banyak . Adik tu sakit
Diam.
Lelaki : Adik bawa bertenang, nanti elok lah tu
Diam.
Macam mana nak elok kalau perasaan aku ditibai macam ni. Macam mana nak elok kalau perasaan dipandang sipi. Macam mana nak elok kalau orang masih tak faham, sedangkan aku bersusah payah untuk memahami. Cuba untuk bertahan. Cuba untuk memiliki.
Aku bodoh sampai sakit macam ni. Kejadian dua tiga tahun lepas dah datang balik.
Siapa yang boleh dirikan aku kalau bukan ibu sendiri? Siapa yang boleh menjaga aku kalau bukan bapa sendiri? Keluarga yang sentiasa ada. Orang asing memandang aku begitu asing.

2 comments:

omgpetch said...

be strong yang. tuhan sentiasa dgn kita ;)

Mohamad Hj Yawmon said...

kesian kat you!
semoga cepat sihat yer?
Aniq sentiasa doakan putri mimpinya dalam keadaan yang sejahtera!