http://www.emailcashpro.com

Friday, July 31, 2009

Cerita hari ini

Hari ini saya ingin menceritakan tentang hari tengahari saya yang penuh dengan kebosanan. Awak semua enjoy!

Saya di dalam kereta sedang menunggu adik-adik saya yang saya baru jemput dari sekolah, pergi ke Setiawangsa untuk membeli nasi kukus. Orang terlalu ramai, sampaikan saya membuat keputusan untuk menceriakan hati saya.

Saya memandu kereta manual pergi ke mana-mana. Ada orang cakap perempuan bawa kereta manual brutal. Ada orang cakap perempuan bawa kereta manual seksi. Ada orang cakap perempuan bawa kereta manual hebat. Jadi saya ni brutal, seksi dan hebat. Alamak! Terharunya saya.
Saya sayang dengan Viva Perodua saya ni. Stereng senget sebab saya malas nak luruskan balik. Dulu masa saya semester satu, ada orang dengki dengan saya. Pancitkan tayar kereta saya dengan paku yang amat panjang. Saya tak tahu lah kenapa orang nak berdengki dengan saya. Saya rasa nak tarik bontot dia ke mana-mana saja. Lepas tu lampu belakang kereta pecah, sebab saya terlanggar sign board UiTM kat Puncak, dan Bens rasa serba salah dengan saya sebab masa tu dia tengah meluahkan perasaan pada saya.
Minyak saya tinggal empat bar sahaja. Saya rasa tak sabar nak tunggu hari Ahad sebab, minyak saya akan penuh. Lepas tu saya nak duduk diamkan kereta saya. Tak mahu jalan mana-mana.
Dalam kereta kenapa perlu pakai tali pinggang kan?
Saya dah mengantok sangat dah ni. Dah hampir nak gila, sebab dah terlalu lama ni. Perut saya pun dah memberi amaran.
Berbalik kepada cerita kereta saya, kalau awak lihat awak memang rasa tak on. Sebenarnya radio ni tengah on.
Saya terpaksa menekan bagi keluar perkataan-perkataan tersebut. Kalau nak tukar channel pun saya kena tekan.
Dalam kereta saya, saya selalu dengar lagu omputeh. Bila loverboy ada, dia mesti nak pasang cd ni. Padahal dah pasang banyak kali. Sibuk betul lah Godzilla tu. Lepas tu channel di radio saya, ada channel kesukaan dia, Sinar f.m. Setiap kali dia ada, mesti nak pasang itu juga. Last last saya membuat keputusan "Nak pergi dengar radio I,dah balik nanti baru dengar radio you"
Saya memang suka sangkut banyak-banyak dekat kunci kereta saya. Kunci rumah, kunci bilik air, kunci loker, patung, kunci tak tahu kunci apa.
Tiba-tiba air mata saya mengalir tanpa saya sedari. Sebelah mata saja pula tu. Sebab mata kiri saya sakit. Air mata mencurah saja. Bukan saya menangis, tapi air mata sayangkan saya. Sebab tu dia asyik mengalir saja. Saya tak pakai mekap langsung, dan saya rasa saya comel sangat (gelak macam haram).
Kemudian, beberapa minit adik-adik saya kembali. Saya terus menderum balik ke rumah, sebab budak gemuk dekat rumah marah-marah suruh balik "Kakak! Cepat lah balik, laparrrrrrrrrrrrrr niiiiiiiiiiii!"
Padahal dia pun tak faham, perut aku macam mana.

1 comment:

Lina Amin Nordin said...

sexy la sape bwk manual. i suke bawak manual! :D huhu