http://www.emailcashpro.com

Wednesday, July 1, 2009

010709

Aku dikejutkan dengan panggilan yang mengatakan bahawa aku tidak membayar bil selama empat bulan, dan tarikh akhir ialah pada 100709. Terfikir mana nak curi duit, sebab aku malu nak minta duit dari papa. Dah terlalu banyak papa keluar duit untuk aku. Kepala aku pun dah naik pening, tekak pun terasa loya aku terpaksa juga minta dengan papa.
P : Ok
Itulah jawapan dia. Aku agak lega, walaupun aku mendengar leteran mummy untuk lima minit.
M : Awak cut the line terus. Susah nak pakai bil. Lagipun awak tak payah nak sama line dengan *toot*. Susah
Aku ada fikir baik dan buruknya. Tapi banyak yang buruknya.
Baiknya, nanti aku boleh gunakan sebagai talian di antara aku dan sponsoreship memandangkan masuk saja semester baru, aku harus bekerja untuk tugasan baru.
Buruknya, aku kena membayar bil setiap bulan. Duit agak banyak untuk keluar. Kalau kena bar, susah. Kalau topup tak ada, boleh beli di kedai bila-bila. 7-e pun ada. Kalau bil? Nak kena tunggu maxis centre buka barulah pergi bayar. Itu pun minimum 50.
Buruknya lagi, aku tahu loverboy tak nak aku ada kena mengena dengan *toot*.
Kesimpulannya, aku kena bayar kemudian jangan pakai. Bila dah dapat duit lebih, bayar semua terus nombor lama aku tukar kepada biasa.
Dan buruknya permohonan intensif makanan, aku gagal sebab apa aku tak tahu. Agak bengang sebenarnya ni. Tolong simbah ais pada aku boleh?

No comments: