http://www.emailcashpro.com

Monday, June 29, 2009

--tatapan--

Gambar di atas sekali menunjukkan bahawa rambut aku sudah panjang. Senyum lebar sekarang. Gambar dua dua di bawah menunjukkan..emmm sebenarnya aku nak promote barang papa Forest Secret di Curve.
Semalam aku shopping make-up di sana semuanya 150. Harga lebih kurang macam BodyShop, sebab tu aku suruh apap kurangkan harga. Aku beli baju dan belt 150 di Nichii. Macam biasa aku tak dapat size untuk jeans, dan kesimpulannya aku harus membeli jeans hanya terdapat di Dorothy Perkins yang berharga 120. Size aku memang sentiasa ada di sana.
Hari ini aku beli toiletaries 200 di Guardian. Aku tahu aku banyak membazir, tapi bazir duit papa. Papa pula macam senang keluar duit untuk aku. Semalam dan hari ini, duit yang papa keluar untuk aku sebanyak 500. Tambahkan dengan yuran UiTM sebanyak 440 dan juga roadtax untuk kereta aku sebanyak 350. Agak-agak berapa banyak duit yang papa kena keluar dari bank hanya semata-mata untuk aku. Dan tak lupa juga, nanti nak servis kereta entah berapa ratus.
Gelak jahat.
Tapi kesian sebenarnya. Sebab nanti papa nak keluar duit lagi untuk perbelanjaan aku di kampus, serta untuk membeli kamera yang berharga 2200. Aku tak suka dan jelik sebenarnya.
Tadi aku pergi jumpa Ica dan atok. Sekali lagi bila sampai di sana atok akan cakap
A : Bila kakak nak tidur sini
Aku nak hampir menangis setiap kali atok cakap macam tu, walaupun atok cakap dalam keadaan yang biasa.
K : Kakak nak balik kampus dah Ahad ni
Atok diam.
Aku nak menangis, cepat-cepat cium pipi atok terus keluar dan kembali gelak. Lebih kepada untuk tidak menangis.
Selamat membuat persediaan untuk masuk ke kampus.

3 comments:

FIRAHAN-NURNAZRI said...

cantik rambut kimie!!

RUSH said...

syg!
aku ske tgk rmbut ko panjang!!
hehe!

omgpetch said...

cantik rmbt dh pnjg! rm2200 utk camera? emm 1000d jugak ke? ;p