http://www.emailcashpro.com

Monday, June 22, 2009

Something from bottom of my heart

Mata aku dah naik bengkak sebab aku menangis air hingusan menjadi air licin. Tidak sekat sekat. Muka aku menjadi kesat. Mata belah kiri tumbuh bengkak sebab dulu mata belah kanan tumbuh bengkak.
Benda ni keluar dari perasaan bila aku bercakap dengan insan yang sangat bermakna dalam hidup aku.
Bila aku menangis tersedu-sedu, aku perasan bila benda ni nak berakhir. Bila lagi air mata yang deras ni akan berhenti menjadi kering. Bila lagi air mata yang deras ni akan menjadi beku. Untuk kali ini, hampir setiap hari bil air aku makin mahal.
Pengalaman yang menjadikan diri kita sekarang. Semua orang ada sejarah dan pengalaman yang membuatkan mereka menjadi baik ataupun tidak. Sedangkan yang tidak itu, hujung di hati mereka tersimpan baki-baki kebaikan cuma kejahatan itu yang menyekat. Hitam itu yang memburukkan.
Aku ada impian sendiri apatah lagi berkata tentang rahsia. Ada rahsia kita terpaksa simpan, dan ada juga bila rahsia itu terbongkar kita terpaksa tipu sebab kita mahu rahsia itu menjadi milik kita sendiri bukan berniat untuk melukakan hati sesiapa. Cuma rahsia itu macam maruah. Simpan untuk diri sendiri.
Kelakuan pelik aku ni mula keluar bila tiba saat macam ni datang. Aku keluar dengan kelakuan yang normal. Bila aku sendirian, aku akan menjadi orang asing. Dan aku terasa yang aku masih menjadi orang asing itu. Orang asing itu yang menjadikan diri aku bertambah kuat, walaupun berpura-pura.
Seseorang : kimie sorang-sorang tapi masih lagi strong
Aku kuat sebab untuk diri sendiri. Orang asing tu yang tolong sebenarnya. Kadang-kadang boleh menjadi jahat yang tidak disangka, cuma aku tak nak. Kalau engkau orang lihat aku keseorangan, tapi melihat personaliti aku begitu kuat, engkau orang jangan fikir yang aku tidak memerlukan teman bicara.
Aku memerlukan teman yang ingin mendengar, bukan mendengar. Aku memerlukan sahabat yang ada bila aku susah.
Aku tak ada 'kawan' walaupun ada kawan.
Penderitaan di rumah ni, aku buat tak tahu. Sebab orang asing tu mula muncul bila keadaan jadi macam ni.
Orang kata bercinta, semuanya manis manis bila nak kata sayang. Tapi bagi aku, manis tu tak akan tetap menjadi manis bila tak ada garam dengan cuka.
Bila aku menangis, pelukan je aku mahu. Peluk lah aku, peluk lah aku loverboy. Kalau kau tak cakap apa, tidak apa, asalkan pelukan tanda kau sentiasa ada, kau menjaga, itu adalah satu hadiah besar untuk aku. Bila aku menangis, kucuplah aku dengan kasih sayang di dahi. Berikan lah dadamu supaya aku boleh memeluk dan menangis. Berikanlah keprihatinan mu dengan mendengar tangisan aku, loverboy.
Benda ni tak boleh nak sangkal, tapi dia lah cahaya yang tak pernah padam dan tak berganjak dalam hati aku.

2 comments:

FIRAHAN-NURNAZRI said...

jangan wat fyra nanges kimie ='(

Anonymous said...

huu, apeni nanges2..makin banyak dugaan yang kita tempuh makin banyak rezeki kita datang..I sayang you..sayang you thangat2..i love you..

WANFI