http://www.emailcashpro.com

Sunday, June 14, 2009

Novel

Hari tu aku pergi ke MPH, dan bila kubur sudah digali minat membaca datang balik. Aku cari-cari novel, dan aku lebih prefer novel dalam Bahasa Melayu. Kadang-kadang bila aku cakap English melebih dengan loverboy, dia akan tegur "Bahasa Jiwa Bangsa". Aku cari-cari lagi karya Ahadiat Akashah, tapi dengan hati aku berkeraj sikit, tak ada langsung. Semuanya penulis-penulis baru dengan tajuk yang tidak mendapat perhatian aku langsung.

Mana Ahadiat Akashah?

Buku yang pecah MPH (bukan setakat ada pecah panggung ya) ialah buku cerpen Dear Yayah. Bila aku baca untuk pertama kali, sangat menghiburkan sebab mengingatkan aku di zaman sekolah. Aku beli kesemua edisi Dear Yayah.

Sekali lagi, kalau kau orang semua nak tahu bertimbun novel-novel yang tersusun. Macam tak laku langsung. Siap buat macam KLCC lagi. Kalau tajuk pun kuno, macam mana orang nak tertarik. Lagi-lagi bila sinopsis banyak yang sama dan terlalu klise. Aku macam kasihan dengan penerbit buku yang menerbit buku terlalu banyak tapi tak ada orang beli.

MARI KITA BUAT HEBOH NOVEL. Buat kempen membaca novel nak? Kebanyakan penulis ni semuanya berbakat, sayang kalau orang tak dapat nak lihat bakat mereka. Dan satu hari nanti aku nak jadi penulis novel yang mahsyur seperti Ahadiat Akashah *sambil berdiri dengan bangga, seperti orang melaungkan merdeka*

4 comments:

FIRAHAN-NURNAZRI said...

fyra sangat suke novel :)

Unknown said...

lagenda budak setan by ahadiat akashah will be release on movie. can't wait. gila suka cerita tu till kasha n katerina (ingat2 lupa tajuk dia).

must watch! ada fazura dalam cter tu. huahuahua

hurm, rindu untuk menulis semula. skrip yang terbengkalai belum lg diusik.

Neverland said...

yes i tahu tu pasal yang buat movie tu. but bukan lisa surihani ke yang jadi heroin?

Maganda Si Intan said...

u cari buku lagenda budak setan , serious best