Sunday, June 14, 2009

140609

Walaupun aku dalam keadaan yang teruk seperti seorang yang tidak ada rumah, bersin setiap kali habuk melalu lintas, mata lebam sebab menangis banyak kali, hingus pun meleleh secara tiba-tiba macam air, baju aku yang koyak sini sana, aku masih dalam keadaan yang boleh menghadap laptop. Aku tidak terurus dan menagih untuk orang mandikan. Aku mengetip bibir, kepala melayang-layang. Sudah selekoh aku sudah pergi.
Cuba teka aku jumpa siapa semalam?
Aku berjumpa dengan Fasha Sandha bersama lelaki lain yang bukan suaminya. Makan-makan di Malis. Dia terlampau kurus dan buat macam aku nak cekik-cekik dia sampai mati. Sebab dia berlagak seperti orang besar di situ. Semua orang tengah beratur panjang untuk beli Char Kuey Tiow, bila dia sampai di depan..
F : Abang...nanti abang hantar dekat meja saya ya? Bagi dua
Orang-orang di situ pandang pun jelik apatah lagi Hana yang berada di sebelah dia. Semua orang menjeling-jeling dan bergosip. Biasalah dia kan artis. Aku pula pandang macam malas. Dari tadi Haiqal pelawa aku minum, tapi aku geleng. Aku datang, sebab nak lepak dan tak ada mood untuk minum. Nak saving duit untuk bercuti dengan kekasih. Walaupun teh o'ais harga berharga 1.20. Duit 1.20 kalau kumpul banyak-banyak boleh jadi duit tol tau! Dan pada semalam juga aku dicop dan diberi gelaran oleh Hana dan Haiqal "kau ni mulut Melodi" -.-
Betapa seriusnya aku dengan loverboy sampaikan Hana pun nak tampar-tampar aku sebab aku sering batalkan temu janji dengan dia.
H : Kau ni babi ah. Naik ah genting dengan aku dulu. Lepas tu malam jumaat kita pergi mos
K : Aku dah cakap tak boleh lah cibai. Aku nak kumpul duit.
Ica dah balik ke Kuala Lipas. Eh sorry Lipis. Malas nak backspace.
Pagi tadi tegang dengan papa, lepas tu nangis-nangis. Sebab itu lah selesema itu makin teruk dan membuatkan muka aku nampak gila horrible. Hidung aku pun macam dah berdarah belah dalam sebab asyik hembus hingus. Satu kotak tisu sudah habis digunakan oleh aku.
Dan aku pula teringin nak masakkan western untuk keluarga, sedangkan bahan-bahan pun tak ada. Aku macam betul lupa ada apa untuk minggu depan. Macam ada sesuatu yang penting yang buat aku lupa. Lagi dua minggu Transformers akan keluar. Jangan terkejut kalau aku tengok wayang nanti dengan baju, topi transformers yang dijual di Petronus dengan harga RM9.90. Marilah kita sama-sama meriahkan suasana robot.
Aku percaya ada robot di angkasa. Kalau boleh nak bela satu macam Bumblebee. Tapi aku lebih suka dengan Megatron sebab nampak HOT sangat. Buat aku rangsang *bodoh*
Sekarang ni aku macam nak terbang pergi kuala, dan menyelamatkan loverboy.
Fiuhhhhhhhhhhhhh (terbang)

5 comments:

fyra said...

kalaula fyra boleh suruh bumblebee musnahkan.......

hurm :)

Milli Vanillo said...

fasha sucks!

u better kenal fazura dr fasha.

kimie..i'm really happy coz fazura.bhaha(gelak macam babi).

diz early,dpt borak2 dgn dia.haha.

Payung said...

hahaha kimie tahu fira nak mention siapa

Payung said...

yes i love fazura than fasha.

hmmm really? NICE :)

Milli Vanillo said...

yep.
cant wait 4 her gathering..
kalau rajin2, boleh ikut sama.

muahxx
=)