http://www.emailcashpro.com

Thursday, June 11, 2009

-

Setelah mendapat kata-kata dari loverboy serta kata-kata kesedaran dari Yo (terima kasih tak disangka dia orangnya) semangat aku naik kembali. Biarlah orang nak kata aku emosi lebih bukan aku basuh kencing diaorang pun.
Agak bersyukur dengan keputusan. Tak ada apa pun ulang mana-mana kertas ujian.
Dengan lafaz bismillah, pointer aku masih di bawah tiga, dan makin jatuh. tak jatuh banyak cuma mungkin pointer jatuh disebabkan penyelidikan penulisan aku yang kantoi untuk individu.
Alhamdulillah, tiada siapa yang sibuk mempertikaikan pointer dia yang sudah tinggi tapi masih lagi membebel tak ingat keliling.
Entah kenapa aku bangkit dari katil, dan ingin meneruskan apa yang aku sudah lama simpan. Apa yang aku sudah lama pinggirkan.
Penulisan cerpen dan novel.
Malam ni entah kenapa mood aku naik untuk menulis cerpen dan novel. Dan kalau boleh selesai sudah, aku nak hantar pada Ahadiat Akashah. Kalau hebat, sign kontrak terus boleh? (berangan untuk menceriakan hati)
Aku cuma perlukan seseorang untuk peluk aku dan kata "Im proud of you"
Loverboy dah sebut cuma tidak dapat memeluk. Dan dia masih tidak tahu pointer aku berapa, dan semasa dia membaca ni, mungkin dia tahu. Cuma tak tahu angkanya berapa. Cukuplah, semua sedia maklum bahawa pointer aku masih di bawah tiga, dan turun beberapa angka.
Apa pun aku masih tetap di kampus, dan untuk semester hadapan aku kena kerap duduk di Puncak.
Terima kasih kepada loverboy sebab dia kata
W : I nampak usaha you untuk naikkan pointer.
Tapi itu lah.
Masih di bawah tiga.
Tak apa. Ada lagi tiga sem.
Tolong cakap dekat aku "Kimie, rindu lah" hanya kata-kata manis yang dapat menggembirakan aku.
Teori aku memang bodoh. Tapi semangat aku memang bijak. Tiada siapa boleh ambil semangat dari aku. Kata-kata inspirasi dari GhostRider "They can have my soul, but they cant have my spirit"
(senyum lebar sekarang)
Terasa lapar yang amat, tapi kena biarkan sebab masa bercuti aku makan banyak. Dan yang banyak mengorat aku dari kaum lelaki yang sudah berumur, sudah beristeri, sudah bercucu, dan bekerja di hotel-hotel, serta mat rempit yang tak sedar diri.
Masuk di lobi, nampak orang tua sedang makan dengan keluarga tapi bawah meja sibuk melambai-lambai dekat aku.
Walaupun aku bodoh dalam teori, asalkan pandai dalam memanipulasi orang (gelak macam haram) Eh tidak, memang aku bodoh. Cuma berkaitan dengan pengurusan dan hal-hal yang orang tak tahu aku boleh genggam.

Bye,
Kimie
xxx

7 comments:

Mohamad Izzat bin Anuar said...

sayang..
ijat xtau apa nk cakap..
tpi,jgn sedih2 k..
u always be my bestfriend yg memahmi,baik hti,penasihat&pendgr maslh yg setia..
i miss u a lot..
once again,tke cre of urself..
jgn sedih..

FIRAHAN-NURNAZRI said...

takpe kimie.
next sem kita usaha sama2 ok...
insyallah...

Maganda Si Intan said...

tkde repeat ok la tu u. jumpa di puncak nanti. (:

RUSH said...

i luv u syg..

Azhar Rakus ♥ said...

3 sem lg babe..
hehew..

Neverland said...

Ijat, terima kasih sebab masih gelarkan kimie sebagai bestfriend :)

Unknown said...

sorry ada 4 sem lagi sayang =)
well take care.

mish u damn much.


regards,
eroul.