http://www.emailcashpro.com

Wednesday, June 24, 2009

240609

Satu tempat yang aku ingin berada sekarang ialah : PANTAI
Satu tempat yang aku ingin bersama sekarang ialah : LOVERBOY
Aku dalam depresi yang sangat melampau sampaikan aku dapat anugerah pelakon terbaik di seluruh universe. Aku rasa terlampau hebat sebab aku pandai menyembunyikan perasaan melalui muka aku yang sombong ni.
Tepukan gemuruh untuk aku. Yeayyyyyyyyyyyyy
Setelah hampir setahun aku tak bersemuka dengan Ika, akhirnya semalam dia menitiskan air mata kerana sudah lama tak bersua. Dari tengahari hinggalah ke malam, kami bertiga berbual tentang macam-macam perkara terutamanya tentang perkahwinan. Aku dan Ika mempunyai angan-angan yang sama, iaitu tak sabar nak berkahwin.
H : Weii..sambunglah Degree
Aku dah tahu apa yang dia cakap semasa entri sebelum ni. Aku terangkan apa yang aku akan buat selepas tamat Diploma.
K : Aku nak jadi F1 driver.
Dia diam. Mungkin dia nak gelak tapi takut aku kecil hati, ataupun adakah kerjaya ini ada masa depan untuk aku lagi-lagi ada ke peluang untuk kaum perempuan layak masuk ke F1?
K : Sebab tu aku tak ambil MUET. Sebab aku tak ambil Degree. Kalau perlu, aku kena ambil Diploma Automobil.
Dia diam lagi. Mungkin dia terfikir ada betul nya kenapa aku buat macam ni. Ataupun mungkin dia faham aku ada sorokkan sesuatu yang aku tak ingin ceritakan.
Semalam antara hari terbaik kerana kami berkumpul, walaupun hanya kami bertiga. Hana beriya nak mengajak pergi ke Genting, tetapi duit tu masih tak ada. Masih tak nampak, poket masih berhabuk. Duit tu pun macam tak memanggil-manggil aku.
Semalam aku dan Hana terlampau teruja dengan bangunan Canceleri (aku tak tahu ejaan aku betul atau tidak) di Induk. Sampai di sana, semua mata memandang sebab kami buat kami bukan pelajar. Konon pelawat, yang memang pelawat yang betul. Nama yang tak sepatutnya ada, kami adakan, letak nama aku dan Hana. Kami gelak tak hirau orang, walaupun orang-orang tua lelaki di situ sibuk memandang dan konon-konon datang ke meja kami "Cari siapa?"
Semalam aku sedar, kita perlu menghargai orang yang sayangkan kita ni. Menghargai dengan setia kepada pasangan. Aku dengar cerita macam-macam semalam. Sampaikan bapok di belakang yang sedang buat arrangement perkahwinan memandang kami bertiga kerana kami berbual agak kuat, dan gelak macam sedut habuk.
Dua tiga hari ni, nafsu aku melampau-lampau sebab di tv asyik keluar scene yang menjerumuskan aku untuk masturbated. Tapi tak, sebab aku period dan tak ada mood pun nak buat sebenarnya. Cuma aku angan-angankan dengan loverboy.
Tadi aku makan, sambil aku minum air mata. Aku makan tak lalu, air mata mencurah-curah dalam nasi. Aku makan nasi tawar.
Cubalah :)

No comments: