Monday, June 1, 2009

010609

Hari pertama
Jalan sesak sampaikan aku tersilap jalan nak pergi ke arah Damansara, sedangkan Pudu ke arah lain. Tak boleh nak peluk-peluk kekasih sebab JPJ menunggu untuk menghalau semua kereta yang ada di tepi jalan. Dia dah tua. Sudah pra-dewasa katakan. Terlalu bahagia sebab tangan dia dah lama aku tak pegang. Bau ketiak dia dah lama aku tak hidu. Balik ke rumah menghantar barang dan makan malam. Kemudian ke NZ untuk minum. Tengah malam curi-curi pergi bilik jumpa dengan kekasih. Dah lama tak peluk dan cium.
Hari kedua
Balik ke Bentong dan menjemput ica di Kuala Lipis. Kekasih terlalu letih sampaikan tidur berdengkur di dalam kereta (gelak manja). Malam pergi ke akad nikah di Karak. Terlalu banyak semut dan nyamuk sampaikan aku naik rimas. Akad nikah berjalan dengan agak lancar walaupun tak meriah (jujur).
Hari ketiga
Persandingan Kak Nadya. Aku dan kekasih memakai baju sedondon. Perkenalkan kekasih pada Kak Nadya dan Nadir. Nana terlalu teruja nak karaoke dan mengajak kekasih untuk menyanyi bersama. Akhirnya Nana dan kekasih menyanyi lagu Sandarkan Pada Kenangan. Kelakar sampaikan bila masa aku nak rakam, bateri tak cukup. Malambalik ke KL dan berjumpa dengan Hana dan Haikal. Mujur kekasih selesa bersama diaorang.
Hari keempat
Undescribe memory. Terlalu bahagia dengan kekasih. Hari terakhir yang memberikan kepuasan walaupun masa balik aku menangis lagi. Walaupun sebulan itu sebenarnya sekejap.
Terima kasih pada kekasih kerana sanggup turun ke KL. Dalam masa empat hari ini, aku terlalu teruja dan sebak. Berkenalan dengan wan dan atok di kampung, satu penghargaan sebab dia lah lelaki pertama yang aku bawa balik ke kampung.
Aku bahagia sekarang ni.

1 comment:

Anonymous said...

BEST GILE DAPAT KENAL WAN, ATOK DAN TERUTAMANYA PAPA(walaupun dia tak banyak cakap). LAIN KALI KITA PERGI SANA LAGI YA SAYANG.