http://www.emailcashpro.com

Friday, May 22, 2009

Pisau dalam hati

Agak lama menahan air mata, akhirnya hari ni teriak dalam diam takut mummy akan dengar. Menangis semahu yang boleh sampaikan air mata melejeh-lejeh turun atas keyboard laptop. Lap air mata yang turun mengalir di pipi dengan sisi baju. Menangis dalam diam. Mungkin kejap lagi ok lah tu.
Tapi rasa dikhianati itu sakit. Rasa dihentam itu sakit. Menangis tanpa lagu. Menangis tanpa melodi. Hanya bunyi-bunyi kata-kata jahat dalam hati dan kepala. Ingin pergi jauh, nak meraung sekuat yang boleh. Kalau boleh nak keluarkan hati kemudian, bersihkan menjadi cantik dan cerah. Bukan lagi hitam.
Aku padamkan telekomunikasi kerana sakit. Tak penat menunggu, tapi sakit bila penungguan itu dibalas dengan kata-kata yang tidak menghiraukan perasaan aku.
Mungkin aku seorang sahaja yang tunggu dalam banyak pertanyaan, sedangkan yang sebelah lagi tunggu dengan kegembiraan. Mungkin ini balasan aku. Aku terima walaupun sakit.
Bila dah sakit begini, nak pergi ke rumah Arwah Shamil. Duduk di depan rumah arwah, kemudian cakap sorang-sorang sambil meluahkan perasaan, apa yang terjadi hari ni.
Sekali lagi, aku padamkan telekomunikasi buat sementara waktu. Kepada Petchai "Am sorry I cant reply your meseges, dan I cant make it for tonight".
Hingus dah meleleh macam budak kecil. Mata dah bengkak macam kena sengat tebuan. Sekali lagi aku menangis keseorangan. Menangis tersedu-sedu tanpa bunyi. Hanya air mata yang memainkan peranan. Sudah aku bilang, aku tidak suka penungguan, lagi lagi dalam pertanyaan. Biarkan jujur walaupun jujur itu payah untuk disebutkan. Biar ia ambil masa yang lama asalkan jangan buat aku tertunggu-tunggu.
Aku tak tidur semalaman. Cuba untuk tidur tak boleh sebab hati tak sedap, kepala kacau bilau. Tampar muka sendiri, masih tidak boleh. Aku tak tidur semalaman kerana memikirkan apa masalah, apa jawapan, apa penyelesaian. Akhir kata untuk penungguan, bukanlah seperti yang aku harapkan.
Macam kena baling dengan tahi babi.
Aku nak pergi 'bunuh' diri untuk seketika, kemudian aku akan bangkit dari 'kematian'.

1 comment:

Anonymous said...

saba k syg.