http://www.emailcashpro.com

Wednesday, May 6, 2009

Pengakuan

Tadi golek-golek atas katil, rindu yang datang secara deras mengalir. Baring di atas katil, teringat dia selalu ada bila aku masuk bilik. Dia akan datang bila aku ingin menyalin baju. Dia akan sapa, bila aku balik dari kelas. Rindu yang datang secara deras itu, rindu dari aku. Bukan rindu dari dia.
Zana.
Kekasih ada terserempak dengannya di Kuala Kangsar. Impian nya untuk membuka butik pengantin akhirnya tercapai. Berkahwin dengan pilihan ibunya sudah ditunaikan. Dulu dia pernah kata..
Z : Mika, nanti kalau Zana kahwin, Zana nak mika datang tau!
Baiklah.
Rindu yang deras itu datang dari aku, bukan dari dia.
Selalunya bila balik dari kelas, aku akan melihat dia terbaring tidur di atas katil aku.
Z : Zana suka tidur atas katil Kimie. Katil Kimie best. Nak peluk Kimie?
Disebabkan dia lah, dulu rumah kami penuh dengan kontroversi.
Pengakuan inilah, yang menyebabkan ego aku runtuh serta merta. Aku tak pernah lupakan insan yang bernama Norfazana, tetapi Norfazana itulah yang melupakan Mariana Shahira.
Pernah rapat sampaikan benda lucah-lucah pun senang bercerita.
Z : Kimie ada blue tak?
K : Tak adalah
Z : Alaaaa lama tak tengok
K : Nanti kita cari
Perpisahan di rumah itu rupanya memang betul kali terakhir bersua. Bukan setakat kali terakhir bersua, tetapi kali terakhir berkata-kata.
Syukur kau sudah memiliki butik pengantin yang kau idamkan. Sedih kau tidak mengajak kami semua melihat kau berkahwin.
Ya, aku memang rindu Zana.

3 comments:

RUSH said...

aku pown rindu dia.....
hmmmmm....
aku lg lar,lgsung xtau khabar dia..

dia da kahwin ker?
xtau pown..
dia da ada butik?
xtau pown..

haish...

omgpetch said...

i pon rindu si mika tu

Anonymous said...

omg. i really do missed her so much. sedihnya ayat kimie. terharu gilerr.