http://www.emailcashpro.com

Thursday, May 7, 2009

070509

Well, teringin pula nak mengadakan party besar-besaran. Jap..
(fikir)
Mungkin party ini lah yang akan mengumpul semua kawan-kawan lama serta kawan-kawan baru. Maaf, dalam party ni, tidak mungkin ada sebarang minuman alkohol ataupun benda-benda yang boleh mengkhayalkan. Ada cara lain untuk kita berseronok, tidak semestinya harus mabuk kepalang. Bila fikirkan balik, kebanyakan teman-teman hmmm (bayangkan)
Tidak apalah, asalkan aku tidak terjebak. Oh jap (fikir kembali) mana boleh lah. Hmmm -.-
Dulu pernah rancang dengan Shekin dan Ziera nak buat di Hollywood Planet. Flyers semua dah siap. Dah inform pada semua orang lagi tu. Akhirnya, terpaksa dibatalkan kerana tarikh itu tarikh kami menghadapi peperiksaan (shit!)
Kali ini kalau nak rancang, insyallah akan menjadi. Kalau tidak menjadi mesti ada kaitan dengan kewangan dan masalah dalam perbincangan. Kalau boleh kali ini aku nak adakan di tempat-tempat biasa, senang hotel suit. Ataupun mana-mana dewan yang boleh kita dapatkan. Tidak pun, di mana-mana lokasi yang lebih menghiburkan. Kalau di suit takut ada berbagai pihak akan terjah. Sudah masuk ke Melodi (gelak macam haram).
Kali ini, tetamu yang aku akan ajak, tentunya orang-orang yang boleh menceriakan hari bukan dengan membawa masalah. Dalam kepala dah terlintas nama-nama. Maaf kepada sesiapa yang aku tidak terlintas. Tentunya dari teman-teman sekolah, teman-teman seperjuangan, teman-teman sekeliling, teman-teman lama, teman-teman kampus, dan kekasih (important)
Tidak pun, senang kita buat prom night nak? (senyum lebar) temanya adalah...jeng jeng jeng COSTUME. Terlalu klise jika menggunakan teman HOLLYWOOD GLAMOROUS, ataupun FASHION FAST FORWARD, ataupun yang berkaitan dengan glamour. Rimas bulu ketiak aku.
COSTUME.
Aku tahu aku sudah berangan secara melampau.
Ada sesiapa yang berminat ingin menolong?
Sebentar. Aku memang memilih untuk bagi sesiapa yang ingin menolong, kerana tidak mahu menimbulkan masalah yang melampau. Seperti yang anda semua maklum. Jika anda pasti bersependapat sama dengan saya, katakan YA.
Sebenarnya aku nak bergabung lagi dengan Shekin.
Bye.

No comments: