Walaupun Malaysia mempunyai identiti yang tersendiri tetapi masih mempunyai jalan cerita ataupun mesege yang tetap sama dan hampir sama dengan kesemua drama-drama yang ditayangkan?
Ataupun penerbit inginkan hanya rating penonton semata-mata.
Tidak habis habis dengan watak orang kaya. Melampau punya kaya pun ada. Naik meluat lah. Cuba kita ceritakan tentang masalah yang sedang dihadapi oleh dunia pada masa sekarang. Tentang bagaimana ingin menjimatkan duit ataupun bagaiman ingin berubah dari bawah ke atas. Kenapa harus menghasilkan karya yang tentunya boleh ditafsir dan tafsiran itu sentiasanya betul?
Cuba ambil ilham dari pengarah independent yang menghasilkan filem-filem pendek yang bagus walaupun tidak ramai yang tahu.
Tak semua, aku ulang lagi sekali. Tak semua pengarah sama. Jangan salah anggapkan.
Kenapa tak ada pembikin yang ingin membikin filem perang-perang ataupun yang berkaitan tentang politik? Tidak pun kehidupan di dalam wad sakit jiwa? Nak menghasilkan filem tentang politik memang agak sukar kerana, macam macam pun tak boleh.
Kalau aku...
Hmmm, aku baru lagi. Tak boleh nak kata apa, walaupun bermacam-macam idea dan karya dalam tulisan yang aku sudah hasilkan. Cuma aku diamkan saja.
Aku nak hasilkan filem tentang Coffee House Vs Ninja (tak boleh cerita banyak, nanti ada orang curi).
No comments:
Post a Comment