http://www.emailcashpro.com

Saturday, May 2, 2009

Cakap sikit

Masa ni lah aku tak suka. Senggugot datang secara melampau. Terpaksa menonggeng untuk hilangkan kesakitan. Nak bersin,nak kentut, nak berak pun sakit. Macam mana?
Hari ni terpaksa makan sekali sehari disebabkan malas nak keluar serta perut pun masih kenyang kerana hari ni aku bangun jam tiga petang.
Nak tahu cerita baru. Seorang teman lama yang hilang dan buang aku jauh-jauh tiba-tiba merindui aku tanpa sebab. Mungkin kerana, dia dapat tahu cerita terbaru tentang aku. Tidak pun dia hairan kenapa aku tidak mengalah dan bertanyakan tentang dia. Dia boleh diklasifikasikan sebagai teman pakai buang. Pakai untuk berhibur, buang untuk kesusahan. Kalau cerita panas, dia yang pertama tahu. Dia pun dah kuat mabuk dan kuat khayal. Aku pun dapat bau-bau yang dia ingin rapat kembali.
W : I rindu you, jom jumpa
K : I miss you too (tipu)
Aku memang kuat tipu dengan orang yang kuat kencing. Orang berdrama, kita berteater. Orang baling taik, kita kencing di mukanya. Kan senang? Aku tahu dia hipokrit, dia pun sama. Sama-sama berdrama menambahkan hiburan.
Malamni aku tak tahu nak buat apa. Ada idea? Senggugot yang hampir meragut tali pusat aku ni, menyebabkan aku tidak boleh fokus untuk belajar.

No comments: